Sunday, June 26, 2011

Warkah Untuk MAMA

Pagi tadi sebelum subuh mama telah pun bertolak ke airport. Penerbangan mama pada jam 7.00pg. Sampai di airport mama terus check-in & menuju ke balai berlepas. Mama terus cari surau untuk solat subuh. Ketika mama tarik telekung mama dari dalam beg mama lihat ada kertas di dalam lipatan telekung mama ... Warkah dari Yaya...

Hati mama terus sebak membaca surat ini. Dah pandai tulis surat untuk mama rupanya anak mama. Sekali pun kata-katanya amat ringkas tapi cukup untuk membuat mama menangis. Ya Allah ... betapa aku sayangkan anak-anakku ya Allah. Engkau peliharalah mereka sepanjang ketiadaanku. Lepas maghrib, ketika mama baca taklim sorang2 dlm bilik hotel ini, tiba-tiba hati mama sayu lagi. Kali terakhir mama outstation pada tahun 2002 selama seminggu. Tika itu yaya baru 6 bulan. Masih lagi menyusu badan, Selepas itu, seringkali mama mengelak untuk outstation atas alasan anak2 tak ada orang jaga.. tapi kali ini mama tak mampu untuk mengelaknya.

Yaya, maafkan mama sebab terpaksa tinggalkan Yaya, Addin, Ecah, Maya & Mimah. Walaupun mama tak ada, jadilah anak yg solehah ye sayang. Sekian, wassalam.
( Pastinya mama juga rindukan Yaya & yg lain-lain. Semestinya bila mama tak ada tak akan sama dengan bila Abah tak ada kan? ~ Mama nangis ni... huhuhu )

8 comments:

  1. Assalamualaikum kak..
    aihh..umu pun jadi terharu bila baca surat dari yaya. macamni rupanya perasaan jadi ummi > err..walaupun umu sekarang tengah odwy jadi ummi..hehee. InsyaAllah. berapa umur yaya ni? betul2 anak dara ni minta belikan perhiasan..comel sungguh :)

    ReplyDelete
  2. seronok nye,,,,terharu la,,,,hihi,,,semoga di mudahkan urusan,,,

    ReplyDelete
  3. ahaa...sedihnye kak.
    tgh sebak ni..huhu
    mcm mana la nak tinggal anak2 nnt utk korban jalan allah mcm ni..

    "YA ALLAH BERILAH KAMI IBU2 NI KEKUATAN..AMIN!"

    ReplyDelete
  4. Ummu > moga selamat melahirkan & jadi ummi mithali

    abu zar > amin... jzk..

    QulMind > mmg sebak .. tp ajaibnya kalau kuar jln Allah ingatan pada anak ni kurang sket. Allah kasi mudah.

    ReplyDelete
  5. semoga Allah pelihara semua...

    ReplyDelete
  6. (",).. seronok membaca tulisan yaya.. mungkin kerana ia datang dari hati yg tulus ikhlas.. (",)

    ReplyDelete
  7. arap2 dpt anak yg tak senang touching2 ble tinggalkan nnt.. hu2..amin

    ReplyDelete
  8. oh god.. so sweeeeettt
    mmgla,tbe2 je rase sebak..apa lg ibu pd ank yg tulis surat tu.. adoii

    ReplyDelete

Assalammualaikum, sila tinggalkan komen anda jika ada. Atas sebab masa & tuntutan kerja kemungkinan komen anda tidak dapat dijawab oleh saya. Harap maklum. Jazakallah.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails