Thursday, September 15, 2011

Alhamdulillah ... mama dah tak rabun :)

Alhamdulillah... pada 2/9/2011 yg lalu mama telah selamat menjalani pembedahan kosmetik (ahaks). Errr... bukan la pembedahan kosmetik nk mancungkan hidung atau pun sedut lemak utk kuruskan badan hahaha... Mama telah selamat menjalani LASIK di Laser Fokus yg terletak di Menara Pelangi Johor Bahru.

Mama mengambil keputusan utk menjalani LASIK untuk membetulkan masalah rabun jauh mama. Mama mula memakai cermin mata ketika mama berada di Tingkatan 3. Awalnya power mama cuma 150 shj tp setiap tahun semakin meningkat sehingga ke 600++ termasuk astig (silau). Memandangkan mama dah bosan pakai cermin mata maka mama ambil keputusan utk mencuba kaedah Lasik yg dikatakan berjaya mengatasi masalah rabun ini. Apa yg membuatkan mama tertarik dengan Lasik apb mama sering dengar segmen DR MUHAYA di Radio IKIM.FM. Selepas mama membuat survey berkaitan Lasik serta kosnya maka hati mama telah nekad utk mencuba kaedah ini. Awalnya abah tak setuju mama ambil kaedah ini. Abah kata kawan abah cakap untuk jangka masa panjang ada kesan sampingan. Tapi mama yg degil ni tanya balik dekat abah "Kawan abang tu pakar mata ke? Dr pakar sendiri yg buat lasik ni kata apa2 shj pembedahan pasti ada risikonya. Utk lasik risikonya cuma 1% shj" tegas mama pada abah :) Di atas kedegilan mama abah pun 'terpaksa' setuju dengan kehendak mama.. hehehe.. tapi semestinya mama pun dah istikharah dulu :)

Tidak semua orang boleh menjalani Lasik. Anda harus menjalani pemeriksaan mata oleh pakar mata terlebih dahulu. Macam kes mama, 1st chck up Dr akan cek berapa power mama, astig & ketebalan kornea mata. Kornea yg cukup tebal shj boleh menjalani Lasik. Minima ketebalan ialah 250 mikron. Ketebalan kornea mata mama 540 mikron. Kos utk 1st chck up RM80.

2nd chck up Dr akan cek keadaan mata kita sama ada baik atau tidak. Ada infection atau tidak. Setelah pasti keadaan mata baik barulah Dr akan bgtau kita layak utk menjalani Lasik. Kos utk 2nd chck up RM120. Selepas 2nd chck up barulah Dr akan bgtau berapa kos utk membuat Lasik. Di Laser Fokus, semakin nipin kornea mata anda semakin mahal kosnya. Kos Lasik di sini bermula pada RM2,988 - 5,288 tidak lebih dari itu. Tapi, ada sesetengah tempat yg mengenakan harga tetap tidak kira berapa ketebalan kornea mata anda. Ada kos yg mencecah sehingga 7 ribu utk sepasang mata. Awalnya memang mama bercadang nk buat Lasik dgn Dr Muhaya tapi kerana jauh maka mama buat Lasik di JB shj. Mama tanya di Puteri Specialist tapi Dr referkan mama ke Laser Fokus. Lasik utk mama telah dilakukan oleh Dr Sahimi dgn lafaz Bismillah...

Sebelum lasik dijalankan anda tidak dibenarkan memakai contact lens selama 2 minggu. Tidak dibenarkan memakai 'eye make up'. Ubat titis di letakkan ke dalam mata berfungsi sbg 'bius'. Kemudian satu alat akan dipasang utk membuka mata kita. Hmmm... susah mama nk jelaskan tapi boleh tgk di sini mcm mana kaedah Lasik dijalankan.
Mama nampak tak ni berapa ? kata yaya sambil tunjuk 1 jari
Mama : nampak… satu..
Ala…mama diri belakang sikit. Skrg berapa? Tanya yaya sambil tunjuk 10 jari
Sepuluh ! jawabku
Hei mama dah tak rabun la.. yaya jerit gembira

On the way pergi beraya di kampong..

Mama nampak tak lembu tu?
Nampak..
Ada berapa ekor?
Sekor je..
Mama dah tak rabun.. kata yaya lagi. Hahaha :))

Nak tau apa Sumayyah cakap dengan cikgu dia ? “Mama pergi tembak mata mama masa raya. Lepas tu mama letak ubat” hahaha… ketawa besar mama dengar cikgu Mayah bgtau mama. Kepoh betul la Sumayyah ni. Tak boleh simpan rahsia. Terpaksa la mama mengaku kat cikgu maya mama dah ‘tembak’ mata mama.

Okay… apa rasa selepas lasik ye? Mata mama rasa pedih sikit. Utk seminggu pertama kena pastikan air pair tidak memasuki mata. Anda berisiko utk buta jika air paip masuk mata anda kerana kandungan klorin dlm air paip. Jadi utk mengambil wuduk mama pejam mata rapat2 sebelum buka mata mama akan lap dulu sekitar mata mama. Dr ada bg antibiotic berupa eye drop. Kena titiskan 4 jam sekali selama seminggu. Mata anda akan berasa kering seperti anda memakai contacts lens tapi anda boleh titiskan “tears natural free” setiap 15 minit.

AIR MATA PALSU
ANTIBIOTIK

Follow up akan dibuat sehari selepas surgery, seminggu, sebulan, 3 bulan, 6 bulan & setahun kemudian. Di Laser Fokus follow up adalah FOC. Selepas Lasik adakah kemungkinan kita akan rabun semula? Okay .. mama pun tanya soklan ni pd Dr. Menurut Dr InsyaAllah tidak. Tp utk rabun dekat memang tidak dapat dielakkan apb menjangkau usia 40 thn cuma dgn lasik masalah rabun dekat dapat di’delaykan’ . Well … tiada benda yg kekal di dunia ini kan? Hanya Allah swt shj yg kekal. Wallahualam.

3 comments:

  1. alhamdulillah... dah selamat.. (",)

    moga lebih mudah utk melihat kebesaran2 Allah swt.. (",)

    ReplyDelete
  2. Aslmkm.saya insyallah merancang nak lakukan lasik.skrg tgh mencari2 info. Nak tanya, bagaimanna keadaan mata puan sekarh ye?penglihatan sememangnya dh pulih ke?selepas lakukan lasik tempohari,berapa lama mata tsebut nk adapt dgn keselesaannya? Saya ada tbaca sesetgh individu merasa tak selesa,pedih,pandangan berbayang hampir 6 bln jgk.ehm,ngkin puan boleh update new entry ttg keadaan puan sekarang slps hampir sthn kanmm :) terima kasih

    ReplyDelete
  3. salam.saya nak tanya puan,puan buat lasik ni di pusat mana.sebab tiada dalam entri tentang tempat puan jalani lasik.dan berapa kos sebenar.saya ingin tahu kerana saya ingin cari tawaran yang rendah bagi lasik kedua dua mata.terima kasih

    ReplyDelete

Assalammualaikum, sila tinggalkan komen anda jika ada. Atas sebab masa & tuntutan kerja kemungkinan komen anda tidak dapat dijawab oleh saya. Harap maklum. Jazakallah.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails