Tuesday, March 29, 2011

Alahai anak mama....

Part 1

mama : Addin, bila la agaknya mama nk dapat baby boy ni?

addin : mama kata nak amik anak angkat, mama amik la baby boy

mama : mmg la mama nk amik anak angkat tp x ada org nk bagi

addin : mama cari la kat INTERNET

mama : ???

(kalau la ada jual kat internet, cnfm aku dah beli sepuloh ..woha!)


Part 2

mama : sumayyah dah solat belum?

sumayyah : belum

mama : nape sumayyah tak solat

sumayyah : mayah kan kecik lagi

mama : ???? (4 tahun kecik lagi ke?)


Part 3

aisyah : mama, kalau org gemuk kita tak bole panggil dia gemuk kan?

mama : aah, tak boleh. nanti dia malu

aisyah : kita panggil dia COMEL kan

mama : aah..

aisyah : mama COMEL...


Part 4

mama : kenapa mayah tak pergi tadika tadi

sumayyah : mayah kan cuti

mama : kenapa pulak mayah cuti

sumayyah : mayah nak balik INDON...


Part 5


Aisyah : kita nk solat apa sekarang?


Sumayyah : solat isyak la


Aisyah : mana ada solat isyak siang2 ni


Sumayyah : solat maghrib la..

Friday, March 25, 2011

Cuti-cuti Bandung Day 3

Hari ke 3 kat Bandung baru la plan nk g shopping kat Pasar Baru. Org kata kat sini ada mcm2. Dari kain ela, telekung, brgn haji & umrah, baju2 , beg2 & mcm2 lagi la... tapi kat sini mmg mama langsung tak ada amik gmbr pasal rasa mcm x cukup masa nk round 8 tingkat. Pasar baru tutup pukul 5 ptg. Jadi mama cuma byk beli telekung, baju anak2 and souvenir sikit. Bawa anak2 leceh sikit nk tgk2 barang sbb asyik dok perhati mana budak2 ni pergi. Takut hilang anak...
Sarap kt sini. Food court kat Pasar Baru. Mahal la makan kt sini. Mama rasa kena 'sembelih' pasal depa tau kita ni org Msia. So sesape nk makan kat mana2 pastikan ada senarai harga jadi depa x leh suka2 nk naikkan harga. Dah order baru perasan gerai lain ada letak harga tapi gerai KALIMANTAN ni tak ada.
Nasi goreng mcm ni Rp18,000 (RM6.30).. patut ke tak patut??
Ni yg mama bengang sgt. Bakso Rp17,000 (RM5.90). Itu pun lepas mama komplen mahal dia turunkan harga. Mula2 Rp20,000. Bole gitu??


Lepas shopping g Amanda Brownies yg paling top kat Bandung
Kalau org x reti wat kek mmg dia kata sedap brownies ni. Tp kalau tau wat kek mesti cakap kurengggg .... cheese brownies je abah kata sedap!
Okay... malam g dinner kat Kg Daun pulak. Romantik sgt tmpat ni. Terletak atas puncak yg sejuk. Ada air terjun. Ada tempat makan. Kalau g Bandung mesti pergi sini. Tapi jalan2 bw anak dah jadi tak romantik dah... hahah
Sup gurame lagik!


Esok kena bangun pagi nk bertolak ke Jakarta pulak. Nk g puncak & safari. Tidur awal & bangun awal ye anak2 mama..

Tuesday, March 22, 2011

Cuti-cuti Bandung Day 2

Plan hari kedua nak pergi ke Tangkuban Perahu, Lagenda Sangkuriang. Pastu ingat nk g shopping baju anak2..

sooo confuse dgn 0000 jadi mama sediakan sifir ni .. bijak...bijak....hehehe Breakfast kat sini. Sekali makan kena RM70. Pada aku mahal la sbb kt Msia tak pernah aku sarapan sampai RM70 utk sekeluarga . Tapi ni kira mcm resto ekslusif gitew perrghh..licin pinggan. ikut sunnah tu..
Mcm2 lauk. Pilih je la yg mana nk makan. Yg dimakan aje yg akan dikira
Berderet...mcm tangga .... Di Tangkuban Perahu .. Subhanallah... indahnya volcano ciptaan Allah... Naik kuda Rp20,000 seekor (RM7)

Lunch kat sini

Kepiting saus singapore. Sangat sedapppp

favorite mama :)

Gedung baju anak kecil

Anak-anak paling gembira :)

anak dara mama try kasut ... brp rupiah ni??

Shopping ke ... window shopping ??

Aiskrim durian. Must try. 1 cup Rp8,000 (RM2.80). Bole tahan mahal....

Hubby ingin nk makan sate kelinci (arnab) tp x ada pulak kat sini

Macam ni rupanya sate indon. hmmmm x kena pada tekak mama


okay...sambung next entri ... jalan2 ke puncak. Tungggggguuuu............


** Sesape nk add ana kt fb search ahliah.najib@gmail.com ;)

Cuti-cuti Bandung Day 1

Wokei.... berapa punye lama la mama nk update citer cuti2 ke Bandung ni. Mama malas nk story. Tgk gambar je la...
Transit kat tune hotel. Kecik bebeno biliknya. Mana la nk sumbat 8 orang dalam tuh.. huhuhu
Kali kedua anak2 naik flight...
Kesian Sumayyah... sampai tertidur ....
Landing to Bandung..
Alhamdulillah selamat mendarat kat Airport Bandung. Kecik je airportnya...
2 bedrooms apartment di Cipedes Tengah. Sangat bersih apartment ni & murah je. Cuma RP450,000 / night (RM157). Nk sewa contact +628164871771
Dinner kat sini..
Sup gurame...sedap weiiii...Allah kasi sedap!

Monday, March 21, 2011

Sedih...

Nape mama sedih?
Mama sedih sebab dia pergi tak akan kembali. Mama terpisah dengan dia jauh beribu batu. Terhalang oleh laut yg sentiasa bergelora. Setiap memori indah bersamanya segar dalam ingatan mama. Peribadinya sangat baik. Patuh, taat & setia. Dia juga sering menjadi tempat untuk mama bercerita. Dialah pembantu, dialah teman, dialah kawan. Itulah BIBIK kita. Yg setia berkhidmat dgn keluarga kita selama 2 tahun. Orangnya sgt baik. Pada hari terakhir dia berkhidmat dengan keluarga kita dia tidur jam 3 pagi menyudahkan semua kerja2 rumah yg masih tak beres sedangkan dia akan bertolak balik jam 6 pagi. Alangkah setianya dia.


Semasa mama & abah tiada, dialah yg jaga Addin, Yayah, Ecah, Mayah & Fatimah. Kalau Fatimah merengek tgh malam dia akan ketuk pintu bilik mama nak ambil Fatimah tidur dgn dia. Dia akan pujuk Fatimah sampai Fatimah tertidur. Kalau mama marah anak2 mama dialah yg akan ambil anak mama. Bila mama pukul Addin sebab Addin nakal dia akan tarik tgn mama supaya jgn terus pukul Addin. Sedihnya mama...


Seboleh mungkin mama cuba juga utk jadi majikan yg baik utk dia. Seingat mama sekali aje mama marah dia sbb dia timang Fatimah sedangkan masa tu Fatimah baru brp hari lahir. Tp silap mama juga. Dia baru sampai & tak tahu Fatimah tu baru dilahirkan. Lagipun mama rasa dia baru berumur 18 tahun walaupun dia kata dia 24 tahun. Tak kisah la berapa pun umur dia asalkan dia bole buat kerja dgn ikhlas & bertanggungjawab. Ke mana kita pergi dia akan ikut kita. Sebulan sebelum dia balik kita bawa dia jalan2 ke Bandung & Jakarta. Nampak dia gembira bersama kita. Mama tau dia masih nk kerja di sini tapi apakan daya mak & bapak dia tak benarkan. Walaupun tak mengharap, tapi bila dia bgtau dia tak dpt sambung kerja lagi mama betul2 rasa sedih. Terasa juga sunyinya rumah ni bila dia tak ada. Selalunya dia la yg temankan mama bila abah keluar khuruj 4 bulan. Jasanya pada keluarga kita akan mama kenang selamanya. Mama doakan yg terbaik untuk dia. Semoga dia mendapat kehidupan yg lebih baik di dunia mahu pun di akhirat. Semoga dia juga mendapat jodoh lelaki yg beriman. Amin..
"Arbainah, saya mohon ampun & maaf atas salah silap saya selama kamu kerja dgn saya. Jangan putus hubungan ye. Bila2 kalau anak2 mau bicara sama kamu saya akan telpon kamu ye"

Thursday, March 17, 2011

Tasykil Masturat IPB

wokei..insyaAllah siapa yg sedia untuk keluar MASTURAT 40H / 2 bulan ke India, Pakistan, Bangladesh?
Saya tuan...InsyaAllah pada November 2011. Azam....
Sape lagi yg sedia?? Angkat tangan!
( Sila angkat tangan jika anda sedia )

Takaza...

Assalammualaikum...
Alhamdulillah syukur kepada Allah swt kerana dengan izinNya rumah kita telah dpt menerima jemaah masturat 3H pada hujung minggu lepas. Ini adalah kali pertama rumah kita menerima jemaah walaupun niat dan azam tu dah lama ada tapi Allah tak pilih.
Macam biasa la bila nk terima jemaah kena la sediakan apa yg patut. Kena buat tabir. Ni penting. Dan kena pastikan tabir tu tebal sampaikan bayang2 pun tak nampak. Dan pastikan juga tabir tu labuh & menutup kiri & kanan dinding. Alhamdulillah abah kita pandai buat tabir walaupun mama mcm x confident aje .. hehehe
Lain2 persiapan kena pastikan tempat nk buat program selesa. Ada tempat utk letak taklim. Ada tikar atau karpet supaya jemaah tak sejuk duduk atas lantai. Ada tempat utk jemaah tidur. Ada bilik khas utk jemaah letak brg2 & salin baju. Brg2 taam pun kena cukup. Dulang, periuk, cawan suma kena ada. Kadang2 jemaah bawa sendiri set taam diaorang.
Nampaknya rezeki kita dapat jemaah international. Jemaah dari Singapore seramai 6 pasang & 3 pasang bawa anak dara. Berdebar2 juga hati mama bila abah bgtau pagi tu kita dpt jemaah Singapore. Mama ingatkan jemaah Johor je. Kelam kabut mama sebab mama expect jemaah Singapore mesti nak suasana selesa tapi alhamdulillah diaorg sederhana shj.
Selama jemaah ada kat rumah kita Addin ikut abah iktikaf kat masjid 3 hari. Mama pulak tak dapat nak ikut program sgt sebab mama banyak kena jaga Fatimah. Kebetulan hari yg sama bibik balik Indon jadi mama kena uruskan anak2 mama tanpa ada bibik. Mujahadah juga la sbb Fatimah manja sgt dgn bibik jadi dia asyik nk merengek aje. Sabor je la...
InsyaAllah, mama doa semoga pengorbanan kita yg sedikit ini Allah terima. Dan semoga asbab ini Allah dapat keluarkan lebih byk masturat utk khuruj terutamanya dari marhalah kita terutamanya mama yg azam nk keluar 40H IPB pd November 2011. Amin..
** Minta karkunah tlg bg pendapat bagaimana utk ana ajak jiran2 dtg nusrah / ikuti program kalau ada jemaah masturat keluar di rumah kita? Jazakillah

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails