Aku naik saksi bahawa tiada tuhan yang disembah melainkan Allah & Muhammad itu pesuruh Allah..
Thursday, July 29, 2010
Persediaan nk pergi Haji ~1
Khuruj pada Nisfu Syaaban
Tuesday, July 20, 2010
Tiada apa yg ingin dikongsi bersama..
1. Kursus haji bersiri & kursus haji intensif dah pun selamat diikuti. Lepas raya nanti akan ada pula kursus haji perdana.
2. Taklim mingguan insyaAllah lepas ni bole sambung balik sbb dah byk minggu tak dapat pergi sbb pergi kursus haji bersiri. InsyaAllah nk bawa karkunah baru ke taklim minggu ni.
3. Nurmaisarah Suaidah selamat menjalani pembedahan appendiks & hernia. Selama 2 thn Yayah sakit perut on & off tp yg last sekali hari tu sakitnya agak teruk. So ana minta doktor buat pemeriksaan lanjut & terperinci. Rupanya Yaya menghidap appendiks yg kronik juga hernia ( 1:10 sakit ini kena pada perempuan) - Allah maha kuasa. Alhamdulillah dh selamat. Moga Allah beri kesihatan yg lebih baik pada Yayah selepas ini..
Yayah semasa di operation theatre. Sebenarnya ana tak inform Yayah yg dia akan menjalani pembedahan sbb takut Yayah lemah semangat. Ana cuma kata doktor nk check perut Yayah aje.. Ana sendiri pun takut kalau nk kena bedah..
Yayah selepas operation. Nampak pucat sgt wajah anak mama. Mama menangis tgk Yayah lepas operation. Sikit aje ujian Allah bagi tp cukup untuk membuatkan mama sedih sangat..Ya Allah...
4. Ana ditawarkan kenaikan pangkat tapi sampai skrg ana masih tak sign offer letter tu. Rasanya macam terpaksa tolak sbb x sanggup nak pikul tanggungjawab yg besar.
5. Hubby akan keluar lagi untuk kesekian kalinya dalam minggu ini. Josh sungguh dia. Ana aje yg semakin sejuk beku..huhu..sampai terkeluar kata2 "Tak bole ke abang tak keluar lagi tahun ni?" .. bukan apa .. tahun ni nisah 40H hubby dh sempurnakan pada Mac lalu. Nanti bulan Oktober kami akan pergi haji pulak. Nampaknya tahun ni seolah-olah dia keluar 3 bulan pulak. Tapi tak apa la...kalau abang nk keluar juga, saya redha..bukan saya tak pernah kena tinggal 4 bulan. 40H tu kejap aje..before raya InsyaAllah abang balik.
Monday, June 28, 2010
Doa antara dua sujud
Marilah kita mula menghayati ketika kita duduk di antara dua sujud semasa solat..
Dengan rendah hati nyatakanlah permohonan ampun kepada Allah
Rabbighfirli (Tuhanku, ampuni aku)
Diamlah sejenak, buka dada dan diri kita untuk menerima ampunan dari Allah seperti membuka diri ketika merasakan hembusan angin sepoi-sepoi atau menerima curahan air hujan ketika kita masih kecil
Tetaplah membuka diri kita untuk menerima ampunan Allah Ulangi permintaan itu beberapa kali hingga kita merasakan ketenangan
Kemudian sampaikanlah permintaan kedua,
Warhamni (sayangi aku)
Diam dan tundukkanlah diri kita untuk menerima kasih-sayang Allah yang tak terhitung besarnya
Bukalah dada kita seluas-luasnya agar semakin banyak kasih-sayang Allah yang kita terima
Ulanglah beberapa kali hingga kita merasa cukup
Berturut-turut sampaikanlah permintaan2 berikut dengan cara sebagaimana tersebut di atas, satu persatu..
Wajburnii (tutuplah aib-aibku)
Warfa'nii (angkatlah darjatku)
Warzuqnii (berilah aku rezeki)
Wahdinii (berilah aku petunjuk)
Wa'Aafinii (sihatkan aku)
Wa'fuannii (maafkan aku)
Setelah selesai, diamlah sejenak lalu sampaikan rasa syukur kita
Betapa besarnya nilai sebuah doa ini..sebuah doa yang kita hanya lewatkan begitu sahaja..
Dalam tidak kita sedar selama ini kita seperti sedang berpura-pura memohon sesuatu
Sebaik-baik manusia ialah orang yang dapat memberi manfaat kepada orang lain (Hadis riwayat Al-Qudhi)
Monday, May 10, 2010
Melawat Ladang Gaharu
POKOK NANAS KAEDAH TISSUE CULTURE
BENIH POKOK NANAS
Hari Sabtu lepas ikut hubby pergi melawat ladang gaharu kepunyaan seorang karkun. Hmmm..pening kepala makcik tengok Mr Hubby beria-ia sangat nk bercucuk tanam sekarang ni. Rumput kat rumah pun tak terbela ini kan pula nk berladang bagai. Hmmm...suka hati la bang..I cuma mampu doakan apa yg abang buat semuanya mendapat redha Allah. Kalau confirm nk berladang ni jangan pulak lupa 5 amal masjid. Rezeki yg Allah bagi bukan untuk besarkan rumah atau beli kereta besar tapi adalah untuk membesarkan agama Allah...I pun sekarang dah semakin sibuk dengan urusan dunia. Ingat nk slow down sikit ni... Bila amal ibadat kurang..fikiran pun menjadi kusut..Ya Allah...engkau mudahkanlah urusanku di dunia & di akhirat...Ok la..layan gambar2 dia atas..Sekian. Wassalam. Monday, May 3, 2010
Menanti Lambaian Kaabah
Semalam adalah kali pertama ana mengikuti kursus haji bersama hubby. Bulan lepas ketika hubby keluar ana dapat surat tawaran terpilih mengerjakan haji pada tahun ini daripada Tabung Haji. Tak terkata semasa membaca surat tersebut. Syukur yang amat sangat kerana Allah telah pilih untuk pergi haji cuma perlu tunggu saatnya berlepas nanti ke tanah suci. Semasa kursus semalam kelihatan ramai makcik2 & pakcik yg hadir. Tak pulak ana nampak yg muda2 macam ana & hubby (perasan muda ke?) hehehe..