Monday, May 10, 2010

Melawat Ladang Gaharu

POKOK GAHARU A.K.A POKOK JUTAWAN
POKOK NANAS KAEDAH TISSUE CULTURE BENIH POKOK NANAS
Hari Sabtu lepas ikut hubby pergi melawat ladang gaharu kepunyaan seorang karkun. Hmmm..pening kepala makcik tengok Mr Hubby beria-ia sangat nk bercucuk tanam sekarang ni. Rumput kat rumah pun tak terbela ini kan pula nk berladang bagai. Hmmm...suka hati la bang..I cuma mampu doakan apa yg abang buat semuanya mendapat redha Allah. Kalau confirm nk berladang ni jangan pulak lupa 5 amal masjid. Rezeki yg Allah bagi bukan untuk besarkan rumah atau beli kereta besar tapi adalah untuk membesarkan agama Allah...I pun sekarang dah semakin sibuk dengan urusan dunia. Ingat nk slow down sikit ni... Bila amal ibadat kurang..fikiran pun menjadi kusut..Ya Allah...engkau mudahkanlah urusanku di dunia & di akhirat...Ok la..layan gambar2 dia atas..Sekian. Wassalam.

Monday, May 3, 2010

Menanti Lambaian Kaabah

Semalam adalah kali pertama ana mengikuti kursus haji bersama hubby. Bulan lepas ketika hubby keluar ana dapat surat tawaran terpilih mengerjakan haji pada tahun ini daripada Tabung Haji. Tak terkata semasa membaca surat tersebut. Syukur yang amat sangat kerana Allah telah pilih untuk pergi haji cuma perlu tunggu saatnya berlepas nanti ke tanah suci. Semasa kursus semalam kelihatan ramai makcik2 & pakcik yg hadir. Tak pulak ana nampak yg muda2 macam ana & hubby (perasan muda ke?) hehehe..

Labbaik Allah humma labbaik
Labbaik la sharika laka labbaik
Innal hamdaWan-ni'mata
Laka walmulkLaa sharika lak.

Ya Allah...berdiri bulu roma ni ketika bersama-sama menyebut kalimah di atas. Seakan terbayang-bayang kaabah di depan mata. Terasa begitu syahdu & mendayu di hati ini. Begitu mendalam & menusuk ke jiwa. Sekian lama ana berniat untuk mengerjakan haji sebelum mencecah umur 40 tahun. Alhamdulillah Allah mudahkan. DiberikanNya keberkatan di dalam rezeki ana. Berdikit-dikit mengumpul duit untuk cepat-cepat menunaikan rukun islam ke-5.

Semalam masa sembang-sembang dgn abah, abah kata semasa abah pergi haji dulu abah memang berdoa pada Allah agar anak-anak abah yg membiayai pemergian haji mak & abah dapat cepat2 menunaikan haji juga. Tiba2 abah sebak..tersedu sedan abah menangis. Abah kata abah menangis bila ana bgtau abah yg ana dh dapat surat terpilih pergi haji. Abah bersyukur doa abah Allah makbulkan. Kalau abah meninggal pun abah tak terkilan sebab dapat juga abah tengok salah seorang anak abah pergi haji. Sob..sob...ana pun nangis juga....Huhuhu....Memang doa ibu & bapa mudah dimakbulkan. Kalau kita berbuat baik pada ibubapa InsyaAllah mudahlah urusan hidup kita kerana kita berjalan di atas bumi Allah ini dengan keredhaan & doa ibu bapa kita. Mencelah pulak adik ana "Waaa...dalam adik beradik kita ko la dulu jadi Hajah ye..pada hal dalam adik beradik kita ko la yg paling gonjeng". (Iye...aku la yg paling hidayat. Aku la yg paling teruk. Tapi Allah sayangkan aku. Dikurniakan aku seorang suami yg baik hingga dia dapat merubah aku menjadi isteri, ibu & anak yg tidak lagi seperti dulu...aku bersyukur padamu ya Allah...)

Berbalik pada kisah nk pergi haji ni sebenarnya ana & hubby mula mendaftar di tabung haji pada tahun lepas. Selepas mencukupkan simpanan kami, bulan Februari 2010 yg lalu kami pun menulis surat rayuan kepada tabung haji. Salah satu sebab yg kami berikan ialah kami ingin membawa makcik kami yg telah lanjut usia. Alhamdulillah tak sampai 2 bulan pun kami dah dapat surat tawaran dari Tabung Haji. Ini semua ketentuan Allah. Disamping usaha, doa & tawakal Allah telah mudahkan urusan kami. Ada yg menanti sekian lama baru terpilih. Tak kurang juga yg dah merayu beberapa kali masih tak dapat jawapan. Alhamdulillah untuk kami Allah mudahkan segalanya. Namun kami tak boleh lupa. Selagi kami tak berlepas ke Tanah Suci kami kena terus doa semoga kami benar-benar terpilih untuk menjadi tetamu Allah. Amin.

Thursday, April 22, 2010

Cepatnya masa itu berlalu..

Pejam celik pejam celik dah nk balik pun hubby. Jumaat ni (23/4) insyaAllah sampai la dia nanti. Wow..40 hari ditinggalkan suami seakan tak terasa mujahadahnya. Mungkin sbb ana pun sibuk dgn kerja disamping uruskan sekolah & hobi ana iaitu mem'baking'. Masa sebelum hubby bayan hidayat ana dah pesan dah pada dia lepas bayan hidayat putus hubungan ya. Maksud ana tak perlulah call / sms pada ana .. pandai la ana jaga diri sendiri & anak2 sepanjang hubby tak ada. 1..2..3.. hari okay aje..masuk hari ke 10 dh mula dah ada SMS dari hubby..tapi ana tak reply pun (bole gitu?) 3, 4, 5, SMS ana buat tak tau aje. Tup tup tiba-tiba di satu tengahari dpt SMS dr hubby "Buzy ke?" hmmmm...pastu ana tak reply gak. Buat bodoh lagi. Agak hubby geram, tak tahan dia call ana. Hahahaha. Di situlah bermulanya balas membalas SMS. Hampeh betul kalau keluar bawa henpon ni. Memang susah nak tawajuh. Berbeza kalau keluar tak bawa henpon. Cuma berutusan surat aje.
Hubby pernah keluar India Bangladesh 4 bulan. Masa tu betul2 terputus hubungan. Ya Allah...rindunya...Allah saja yg tahu. Betapa terasa sangat sunyi dan sepi dunia ni. Menangis2 sebab teringatkan dia..sob..sob..Kerap mimpikan dia. Tapi yang peliknya dalam mimpi tu dia mesti pakai jubah putih dan rasa macam antara mimpi dengan tidak. Pernah juga terasa seperti hubby datang cium pipi ana. Bila ana sedar dia tiada. Dan beberapa kali juga terdengar pintu bilik diketuk orang. Bila tanya hubby, jawapan dia masa tu dia baru nak naik kapal terbang atau baru nk bertolak ke sesuatu tempat. Begitu juga malam dia nk bertolak dari Bangladesh ke Malaysia sekali lagi terdengar pintu bilik di ketuk orang. MasyaAllah...hebatnya Allah... Rupanya itu semua bagaikan isyarat akan setiap pergerakan hubby semasa dia keluar.
Semasa hubby keluar khuruj kali ni beberapa kejadian ajaib telah berlaku pada ana..tapi biarlah ianya menjadi rahsia..hehehe
Tidak kurang juga ada sedikit dugaan dari Allah. Tapi ana tabah sajalah menghadapinya sebab perkara ni kena bincang juga dengan hubby bila dia balik nanti. Kesimpulannya jgn mudah percayakan orang walau dulu kita dah macam adik beradik dengan dia. Memang amat menyakitkan hati ini tapi ana percaya setiap yg berlaku ada hikmahNya atau mungkin Allah ingin berikan yg lebih baik lagi. InsyaAllah.

Monday, April 5, 2010

Its Our Anniversary...

Semalam adalah hari ulangtahun perkahwinan kami yg 11 tahun. Begitu cepat masa berlalu hingga tanpa aku sedari sudah 11 tahun aku menjadi isterinya. Mengimbau kembali saat kami berkenalan & bercinta terasa amat lucu. Kami bertemu kerana bekerja di sykt yg sama cuma berlainan jabatan. Memandangkan ketika itu cuma aku (si dara yg paling cun) dan dia (si teruna yg paling tampan) di pejabat itu maka kami sering menjadi bahan usikan teman-teman. Tapi sebenarnya masing2 sudah punyai pilihan hati sendiri dan dia pun bukanlah suka sangat dengan aku dan aku pun biasa2 aje dengan dia.

Entah bagaimana ditakdirkan kekasihnya berubah hati. Mengahwini jejaka lain dgn alasan selama ini dia hanya menganggap hubby aku sbg kawan shj. Dgn erti kata lain hubby bertepuk sebelah tangan. Ketika itu kami masih lagi berkawan setakat kawan sepejabat hinggalah satu hari aku membawa album peribadiku sewaktu belajar dulu dan dia juga turut melihat albumku lalu jatuh hati padaku (sebab aku fotogenik?).

Semanjak itu kami menjadi rapat walaupun sebenarnya aku sudah punyai pilihan hati sendiri. Bila aku bawa dia bertemu dgn org tuaku, penerimaan mereka berbeza. Abah tak suka pada cara dia. Mak pula suka pada dia. "Pilihlah org yg mempunyai pegangan agama yg kuat" anjur mak padaku sekaligus menandakan yg mak kurang senang dgn pilihan hatiku seorang mualaf. Aku turuti kata mak.

Ya..dia memang mempunyai latar belakang keluarga & agama yg agak baik juga. Setiap kali keluar dating dgn dia, jika kami akan menonton wayang jam 4.30 ptg pasti dia akan ajak aku solat Asar terlebih dahulu walaupun terpaksa masuk panggung lewat setengah jam. Kali pertama keluar dating kami tgk cerita TITANIC. Syahdunya..huhuhu...Tapi sekarang rasanya dah hampir 8 tahun kami tak tgk wayang semenjak kami buat usaha dakwah ini. Hatta TV pun x ada kat rumah ni semenjak 6 tahun dahulu...

11 tahun menyemai kebahagiaan bersama dia lahirlah 6 orang buah cinta kami. Cahayamata yg pertama sedang menanti kami di syurga. InsyaAllah. 5 lagi menjadi amanah utk kami didik menjadi anak yg soleh & solehah. Nur Sumaiyah Syuhadah menjadi saksi cinta kami ketika dia lahir pada anniversary kami yg ke 8 dulu. Selamat hari lahir untuk Sumaiyah :)
Moga cinta kami tetap subur dan mekar hingga bertemu pula di syurga. Amin..

Monday, March 22, 2010

Allah Balas Pengorbanan Ana??

Assalam..
Belum pun 2 minggu hubby keluar khuruj, telah berlaku satu kejadian AJAIB pada aku (bukan Sudin Ajaib ya..). Minggu lepas aku mendapat panggilan telefon daripada seseorang. Bila je dengar suara dia terus hati ni berdebar-debar. Maklum la BOSS dari KL yg call mana taknya seram..aku ada buat silap apa2 ke? ish..
Rupa2 nya Boss nk cakap pasal aku punye request nk mintak assistant. Aku dah tak sanggup lagi buat kerja2 opis ni. Kerja semakin melambak. Assistant tak dak. Letihhh den..tapi yg pasti tepat pukul 5.30 aku akan balik. Tak kira la ada kapal masuk kaa, kapal keluar kaaa..hatta kapal karam pun.. on time mesti balik punye. Tu yg aku suka kerja kat sini. Sebab2 lain syok kerja kat sini ialah masih lagi dapat jaga amal. Tiada halangan nak buat solat dhuha, nk solat awal waktu, nk zikir panjang2. Masa amat fleksible. Itu tak termasuk boleh keluar time opis hour kalau ada urusan peribadi. Sebab itu aku bertahan kerja di sini dah masuk hampir 10 tahun. Dan...asbab kerja di sini juga dapat bantu hubby untuk keluar khuruj lagi dan lagi..Walaubagaimana pun aku ada target..Jika Allah izinkan satu hari nanti aku akan berhenti juga apabila target aku tercapai nanti. InsyaAllah.
Berbalik pada citer Boss call tadi..ada citer lain sebenarnya...
Boss : U betul2 perlukan assistant ke?
Aku : Ya boss..kalau tak takkan saya request
Boss : Kan u dah ada 2 org staff tu?
Aku : 2 org tu more on operations..yg ni utk admin boss
Boss : Mcm ni la... saya sebenarnya baru je rekeman u untuk jadi manager. boss2 besar kat sini semua dah approved. tunggu HR aje. Jadi saya terpaksa hold yr request. Kita akan ada org chart yg baru. Bila approve, baru saya akan proceed yr request..kita buat satu-satu dulu..
hmmm..errrr....hmmmm...i'm speechless...
Aku akan jadi manager? Aku akan dinaikkan pangkat? Betul ke??
Aku tak tahu aku happy atau sebaliknya. Kenapa tiba-tiba? Kenapa Ya Allah??
Aku tak bersedia....aku tak mampu nk laksanakan tanggungjawab besar itu Ya Allah..
Dan aku risau jika dengan pangkat itu aku akan lalai padaMu ya Allah..
Bila aku fikirkan semula..Aku terfikir...Adakah Allah membalas pengorbanan aku selama ini? Dinaikkan pangkat ketika hubby keluar khuruj...Apa hikmah di sebalik semua ini??
Terus terang aku tidak pernah berniat utk bekerja di sini dgn mengharapkan gaji yg besar atau pangkat yg besar. Aku bekerja ikhlas kerana Allah kerana pekerjaan ini juga satu ibadat. Selama 10 thn bekerja di sini aku tak pernah meminta yg bukan2 dari Boss aku. Aku tak pernah fikir apa yang Company boleh bagi pada aku tapi aku lebih fikirkan apa yg aku boleh sumbangkan pada Company. 3 thn lepas, ketika org lain mendapat salary adjustment, aku la yg paling sikit dapat adjustment. cuma 15% sedangkan org lain hingga 50%. Tapi aku email pada Boss, ucapkan terima kasih. Aku bersyukur. Boss kata dia terkilan sbb apa yg dia rekemen utk aku HR tak approve. Masih lagi aku ingat kata2 boss aku, "The best reward is Barkath from Allah".
Besar mana pun pangkat / gaji kita jika tiada keberkatan dari Allah tiadalah maknanya. Dan aku bersyukur kerana Allah lindungi aku & keluarga di bawah keberkatan dan rahmatNya..
Abang..tak sabar nk tunggu abang balik. Nk mengadu tentang perkara ini. Segala keputusan akan dibuat selepas abang balik nanti. InsyaAllah.

Wednesday, March 17, 2010

Keluar lagi dan lagi hingga kita tiada lagi..

Assalam,
Hari ni baru 4 hari hubby keluar khuruj meninggalkan kami sekeluarga untuk kesekian kalinya. Sedih?? Hiba?? Duka?? Lara ?? atau huru hara?? Oh! betapa sadisnya anggapan sebegitu. Ana redha dia keluar. Anak2 juga redha. Kami telah biasa ditinggalkan. Sudah 2 tahun hubby keluar 4 bulan cuma tahun ni terpaksa keluar awal tahun & selama 40 hari shj atas sbb2 tertentu.

Route hubby kali ni ke Sabah. Takaza kawasan pendalaman. Katanya ke Pulau Banggi...

Hmmm..mmg tak pernah dengar nama pulau tu. Hubby kata kos ke sana agak tinggi sikit. Doa ana & anak2 moga Allah pelihara hubby. Selamat pergi & balik. Insya-Allah.

Monday, February 22, 2010

Petikan Bayan Markaz Johor Bahru - 23/2/2010

Assalammualaikum...
Kelebihan wanita yg redha ditinggalkan suami untuk khuruj di jalan Allah maka isteri akan masuk syurga 500 tahun lebih awal dari suami..
Kelebihan isteri yang sama-sama keluar dgn suami khuruj di jalan Allah akan masuk syurga 1000 tahun lebih awal dari suami.
Ketika isteri melangkah masuk ke syurga..syurga menjadi gelap gelita. Datanglah bidadari bertanya "Siapakah engkau?"
"Akulah isteri kepada ...."
"Tahukah engkau tidak layak masuk ke syurga ini? Lihatlah keadaan diri engkau yg sudah tua..kerepot..hodoh...& kendur sana sini? Mana mungkin engkau layak di sini? Aku sahaja yg layak menjadi ketua bidadari" kata bidadari tersebut.
Sang isteri begitu sedih mendengar kata-kata sang bidadari yg amat jelita itu. Sesungguhnya Allah swt maha mendengar. Diturunkan 2 hujan. Hujan pertama menjadikan sang isteri cantik jelita. Lebih jelita dari bidadari tersebut. Hujan kedua pula menjadikan hati sang isteri bercahaya seperti NUR.
Bidadari terpegun & tidak mahu mengaku kalah.
"Engkau tetap tidak layak menjadi ketua bidadari di sini. Engkau Allah ciptakan dari tanah yg kotor & jijik. Sedang aku Allah ciptakan dari haruman kasturi. Aku lebih mulia dari engkau"
Sang isteri bersedih lagi. Namun Allah turunkan ilham kepadanya. Lalu berkatalah sang isteri..
"Benar. Memang Allah ciptakan aku dari tanah. Tapi aku punya perasaan sedangkan engkau tidak. Ketika suami aku keluar di jalan Allah..aku telan perasaan. Ketika aku bermujahadah sedang suamiku keluar di jalan Allah, aku telan perasaan. Aku bersabar dan tabah. Aku telan semua kepahitan dan susah payah ketika aku ditinggalkan suami untuk khuruj di jalan Allah. Dan aku redha serta ikhlas ketika suami aku keluar di jalan Allah".
Sang bidadari terdiam. Tewaslah dia dengan kata2 sang isteri tadi. Sang isteri mengambil alih tempat sang bidadari sebagai ketua bidadari. Begitulah kelebihan isteri para da'ie. Allah janjikan syurga yg serendah2nya sekecil dunia ini.
Insya-Allah.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails