Tuesday, November 10, 2009

IKHLAS


Didalam Hadith Qudsi, ada dinyatakan tentang bagaimana proses kejadian bumi oleh Allah SWT.

Pertama sekali Allah SWT telah liputi bumi ini keseluruhannya dengan air dan selepas dari itu telah keluarnya buih-buih dari air, maka telah terbentuknya tanah.

Kemudiannya bumi telah bergegar, maka Allah SWT telah menciptakan gunung-ganang sebagai pasak bumi.

Melihatkan kejadian ini maka para malaikat telah merasa takjub yang amat sangat. Malaikat telah bertanya kepada Allah SWT.

Malaikat : Ya Allah!! ada tak yang lebih hebat dari ini (gunung)?.
Allah SWT : Ya ada, besi.
Malaikat : Ada yang lebih hebat dari besi?.
Allah SWT : Ya ada, api.
Malaikat : Ada yang lebih hebat dari api?.
Allah SWT : Ya ada, air.
Malaikat : Ada yang lebih hebat dari air?.
Allah SWT : Ya ada, angin.
Malaikat : Ada yang lebih hebat dari angin?.
Allah SWT : Ya ada, amalan anak Adam yang sedekah dengan tangan kanannya, tangan kirinya tidak mengetahui (IKHLAS)*.

*Amalan ikhlas lebih hebat dari asbab-asbab dunia.

Semoga dapat ambil ikhtibar, amal dan sampaikan.

Monday, November 9, 2009

Solat Subuh di Masjid

Seorang pemuda bangun pagi2 buta utk sholat subuh di Masjid . Dia berpakaian, berwudhu dan berjalan menuju masjid . Ditengah jalan menuju masjid, pemuda tsb jatuh dan pakaiannya kotor. Dia bangkit, membersihkan bajunya, dan pulang kembali ke rumah. Di rumah, dia berganti baju , berwudhu, dan, LAGI, berjalan menuju masjid .

Dlm perjalanan kembali ke masjid , dia jatuh lagi di tempat yg sama ! Dia, sekali lagi, bangkit, membersihkan dirinya dan kembali ke rumah. Di rumah, dia, sekali lagi , berganti baju , berwudhu dan berjalan menuju masjid .

Di tengah jalan menuju masjid , dia bertemu seorang lelaki yg memegang lampu . Dia menanyakan identiti lelaki tsb, dan menjawab "Saya melihat anda jatuh 2 kali di perjalanan menuju masjid , jadi saya bawakan lampu untuk menerangi jalan anda..' Pemuda pertama mengucapkan terima kasih dan mereka berdua berjalan ke masjid .

Saat sampai di masjid , pemuda pertama bertanya kepada lelaki yang membawa lampu untuk masuk dan sholat subuh bersamanya, lelaki itu menolak. pemuda itu mengajak lagi hingga berkali2 dan, lagi, jawapannya sama. Pemuda bertanya, kenapa menolak untuk masuk dan sholat. lelaki itu menjawab

Aku adalah IBLIS (setan)

Pemuda itu terkejut dgn jawapan lelaki itu.

Setan kemudian menjelaskan,

'Saya melihat kamu berjalan ke masjid ,

dan sayalah yg membuat kamu terjatuh. Ketika kamu pulang ke rumah, membersihkan badan dan kembali ke masj id ,

Allah memaafkan semua dosa2mu .

Saya membuatmu jatuh kedua kalinya, dan bahkan itupun tidak membuatmu merubah fikiran untuk tinggal dirumah ,

kamu tetap memutuskan kembali masjid .
Karana hal itu, Allah memaafkan dosa2 seluruh anggota keluargamu .

Saya KHAWATIR jika saya membuat kamu jatuh utk kali ketiga , jangan2 Allah akan memaafkan dosa2 seluruh penduduk desamu ,

jadi saya harus memastikan bahwa anda sampai dimasjid dgn selamat....'

Jadi, jangan biarkan Setan mendapatkan keuntungan dari setiap aksinya.

Jangan melepaskan sebuah niat baik yg hendak kamu lakukan karena kamu tidak pernah tahu ganjaran yg akan kamu dapat

dari segala kesulitan yg kamu temui dalam usahamu utk melaksanakan niat baik tersebut.

Tuesday, October 20, 2009

Waktu gempa sama dengan ayat & surah dalam al-Quran

Bismillah
Allahummasolli'alamuhammad wa'alaalimuhammad
Salamun 'alaikum

“Gempa di Padang jam 17.16, gempa susulan 17.58, esoknya gempa di Jambi jam 8.52. Coba lihat Al-Qur’an!” demikian bunyi pesan singkat yang beredar. Siapa pun yang membuka Al-Qur’an dengan tuntunan pesan singkat tersebut akan merasa kecil di hadapan Allah Swt. Demikian ayatayat Allah Swt tersebut:

17.16 (QS. Al Israa’ ayat 16): “Dan jika Kami hendak membinasakan suatu negeri, maka Kami perintahkan kepada orang-orang yang hidup mewah di negeri itu (supaya mentaati Allah) tetapi mereka melakukan kedurhakaan dalam negeri itu, maka sudah sepantasnya berlaku terhadapnya perkataan (ketentuan Kami), kemudian Kami hancurkan negeri itu sehancur-hancurnya.”

17.58 (QS. Al Israa’ ayat 58): “ Tak ada suatu negeri pun (yang durhaka penduduknya), melainkan Kami membinasakannya sebelum hari kiamat atau Kami azab (penduduknya) dengan azab yang sangat keras. Yang demikian itu telah tertulis di dalam kitab (Lauh Mahfuz).”

8.52 (QS. Al Anfaal: 52): (Keadaan mereka) serupa dengan keadaan Fir’aun dan pengikut-pengikutnya serta orang-orang sebelumnya. Mereka mengingkari ayat-ayat Allah, maka Allah menyiksa mereka disebabkan disebabkan dosa-dosanya. Sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi Amat Keras siksaan-Nya.”
Tiga ayat Allah Swt di atas, yang ditunjukkan tepat dalam waktu kejadian tiga gempa kemarin di Sumatera, berbicara mengenai azab Allah berupa kehancuran dan kematian, dan kaitannya dengan hidup bermewah-mewah dan kedurhakaan, dan juga dengan keadaan Fir’aun dan pengikut-pengikutnya. Ini tentu sangat menarik.

sumber; eramuslim

Monday, October 19, 2009

Hatiku berbunga gembira & syahdu

Salam,
Semenjak semalam hatiku berbunga gembira & syahdu. Kenapa ek? Sebabnya sekian lama buat usaha inilah kali pertama ana dapat tasykil seorang yg agak rapat dengan ana pergi taklim masturat. Selama ini ana banyak bgtau pada dia kelebihan usaha ini dan kelebihan menjadi seorang wanita yg solehah. Alhamdulillah lama kelamaan masuk juga apa yg ana katakan dalam hati dia. Dia sendiri yg sukarela nak join pergi taklim masturat. Siap janji dengan hubby dia malam minggu biar hubby dia ikut hubby ana pergi markas. Hari ahadnya pulak dia ikut ana pergi taklim. Lebih menggembirakan bila habis taklim dia puji ahliah2 karkun ni semua bagus2 & baik belaka. Minggu depan dia azam nk pergi lagi. InsyaAllah.

Begitulah juga dgn kita. Allah akan pilih sesiapa yg dia kehendaki untuk mendapat hidayah Allah. Samalah seperti ana. Dari zaman jahiliah, alhamdulillah Allah pilih untuk buat usaha ini. Jatuh cinta pada usaha yg murni ini walaupun ada sesetengah org kata macam2 tentang TABLIGH. Biasalah tu kan? Nabi saw dulu pun sebelum dia mendapat wahyu seluruh Mekah suka pada dia. Tapi apb dia mendapat wahyu & mula berdakwah ramai yg benci pada dia. Bacalah kisah baginda ketika dibumi Taif. Betapa kisah itu meruntun hati kita yg benar2 cinta pada Rasulullah. Yakinlah jika kerja dakwah ini benar pasti Allah akan pelihara. InsyaAllah.

Thursday, October 15, 2009

Apakah yg membezakan Ilmu & Iman?

Salam,
Hari ni ana terpanggil utk mengulas sedikit tentang apakah yang membezakan ilmu & iman. Sebenarnya sekian lama ana ingin menulis tentang tajuk ini tetapi baru hari ini Allah bagi kelapangan untuk ana menulis di dalam kesibukan harian.

Semalam, seorang teman yg agak rapat dengan ana berkata "aku ni sekolah agama tinggi tau. tapi ntah kenapa aku ni susah betul nak jaga solat. solat byk tinggal. rongak sana rongak sini". Ana diam aje. Ana memang perasan hamba Allah ni selalu culas tentang solatnya. Nk ana tegur rasa bersalah. Cara paling hikmah ana selalu kata kat dia, "engkau kalau nk solat pakai la telekung aku. telekung aku ada kat surau tu. pergi la solat...". sering aku kata begitu pada dia tapi akhirnya aku lihat dia tetap teruskan kerja dia sampai waktu zuhur berlalu dia masih tidak berganjak dr tempat duduk dia. aku faham, org perempuan ada masanya uzur tapi tentulah tidak uzur sentiasa kan?

Memandangkan semalam dia telah pun bukak cerita tentang dia culas menjaga solat dia maka sedikit sebanyak ana telah membawa fikir pada dia walaupun ana tau ana sendiri lemah & banyak kekurangan. nk jadi da'ieah tak perlu tunggu sampai diri kita perfect. Kalau nk tnggu sampai perfect, ajal dah tiba pun belum tentu sempurna iman & amal kita. Semua orang yg berilmu tahu akan kewajipan menunaikan solat. Hatta jika tanya pada budak tadika pun apa hukumnya menunaikan solat pasti sepantas kilat budak tadika tu akan jawab "WAJIB ustazah...". Apa pulak makna wajib? Sekali lagi kita yg berilmu akan kata wajib maknanya jika ditunaikan mendapat pahala, jika ditinggalkan mendapat dosa.

Tetapi kenapa kita yg berimlu ini tak amalkan?. Maksud ana kita tahu akan kewajipan solat tapi kita tak tunaikan solat itu? Sebab iman kita lemah. Kita kena usaha atas iman. Kalau nk kata kita tak beriman maka sama la taraf kita ni dengan org bukan islam. Jika kita beriman, pasti kita akan tunaikan solat. itulah yg membezakan antara ilmu & iman. Janji Allah, jika kita kembali padaNya dengan iman sebesar zarah sekali pun pasti Allah akan masukkan kita ke dalam syurga yg mana luas syurga itu 10 kali luas dunia ini. MasyaAllah..

Oleh itu usaha atas iman adalah penting. Bila kita khuruj ke jalan Allah, kita akan sentiasa perbaharui iman kita. bila kita lama tak keluar, mulalah lemah iman kita. Ana dah lama tak keluar masturat. Iman pun dah lemah. Nk caj balik kena tunggu Fatimah 2 tahun. Tapi itu bukan alasan. Walau tak keluar masturat still boleh nusrah jemaah & ikuti program masturat. Sekali lagi iman memainkan peranan. Jika kita ada iman tentu kita akan usaha bagaimana utk kita meningkatkan iman. Deepavali ni ana percaya ramai karkunah keluar masturat. Beruntunglah mereka yg Allah pilih untuk buat usaha agama ini lagi dan lagi sehingga kita tiada lagi. InsyaAllah.

Monday, October 12, 2009

Buah hati kesayangan hamba

Inilah buah hati kesayangan hamba. NUR FATIMAH AZZAHRA. Fatimah nak masuk 9 bulan pada 19 Oktober ni. Sekarang Fatimah dah pandai berdiri sendiri tak pegang apa2. Tak lama lagi pandai jalan la tu...


Tuesday, October 6, 2009

MV Doulos - Part 2

Mengisi masa lapang dengan mengunjungi pameran buku terapung di kapal MV Doulos menjadi agenda ana & anak2 pada last weekend. Ana pergi sekadar ingin membawa anak2 naik atas kapal sebab selama ni mama dia aje yg selalu turun naik kapal.
1st time ana naik kapal ni dengan kawan sepejabat rasa syok juga sbb tgk byk buku kanak2 & buku masak2. Teruja betul tgk buku2 yg murah tu espcially buku2 pasal kek. Tapi bila semakin lama menjelajah ke dalam kapal baru la ana perasan & yakin kapal ini berlabuh dengan agendanya tersendiri. Banyak buku2 kristian terdapat di sini.Dan misi mereka juga amat jelas dengan logo "Bringing knowledge, help & hope".

Misi halus mereka ini sama ada disedari atau tidak ternyata amat merunsingkan. Kanak2memang suka bila berada di atas kapal ini. Anda bole nikmati makanan & minuman dari kafe mereka & anda bole duduk2 di deck kapal. Terdapat juga segment "Discovery MV Doulos" selama 3 jam setiap ahad. Ana tak tengok la sebab time tu ramai orang datang dan keadaan kapal agak sesak.

Kapal ini berlabuh selama 12 hari di pelabuhan pasir gudang dan berakhir pada 6/10/2009. Kesemua krew kapal seramai 320 orang dikatakan adalah sukarelawan dari pelbagai negara. Kapal ini antara kapal tertua & terbesar di dunia iaitu semenjak 1914. Lebih kurang lahir sama dgn kapal Titanic tu.









Hubby beli buku ni - RM32
Bagus juga buku ni sebab ada details setiap negara seluruh dunia. Senang nanti kalau nk survey nk keluar BBNJ pulak.

Ana beli buku ni - RM40. Memang murah sebab ada 1001 macam resepi kek. Kertasnya pun berkualiti.



Buku untuk Aisyah & Yayah - Musical books cuma RM32 each

Buku bola untuk Addin cuma RM4 aje

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails