Wednesday, March 7, 2012

PERINGATAN BUAT PENGANTIN DAN KELUARGA SEMASA MAJLIS PERKAHWINAN BERLANGSUNG

Assalamualaikum wbt...



Sekadar peringatan kepada pengantin dan keluarga… kes ini berlaku pada aku ketika berlangsungnya majlis perkahwinan adik aku pada 4/3/2012 yg lalu. Majlis perkahwinan di adakan di rumah aku dgn gilang gemilangya ... cewah! Sebelum ni ada juga dengar cerita kes yg sama berlaku di sekitar Pasir Gudang … tp x pasti kesahihannya sebab hanya mendengar dari mulut orang je…



Sila berhati-hati semasa majlis berlangsung kerana ada kemungkinan di kalangan tetamu yg hadir mengambil kesempatan di atas kecuaian & kelekaan semasa org ramai sedang sibuk menyambut pengantin… maklumlah kadang2 x semua tetamu yg hadir dikenali oleh semua ahli keluarga tuan rumah… yg kita tidak kenal mungkin dianggap saudara jauh yg jarang jumpa @ kita ingatkan kwn kepada pengantin bersama ibunya yg dtg…
Kesnya begini, suspek terdiri daripada wanita dalam umur 50an bersama-sama dengan anak gadisnya akan berpura-pura menumpang bilik air atau berpura-pura sembahyang lebih kurang sekitar sejurus sebelum persandingan berlangsung atau dalam masa sibuk2 paluan kompang menyambut rombongan pengantin. Manakala suspek lelaki pula akan berada di luar rumah di kalangan tetamu yang hadir (bawah khemah mungkin)…
Suspek akan mengambil kesempatan ini untuk menyelinap masuk ke bilik2 terutamanya bilik pengantin yg biasanya kosong kerana semua org sibuk melihat pengantin bersanding, makan beradap dsbnya… siap masuk bilik pengantin dan menguncinya dari dalam… memang di kalangan ahli keluarga ada terperasan pintu berkunci tetapi tidak menyangka sama sekali penjenayah berada di dalam bilik tersebut… mungkin menyangka pintu tertutup sendiri akibat ditolak angin dsbnya… semasa sibuk mencari kunci bilik atau berusaha membuka pintu bilik inilah mungkin penjenayah cuba menyembunyikan diri di belakang pintu @ bilik air dan menyelinap keluar semasa tiada org yg memerhatikan… rumah yang besar terutamanya rumah bertingkat lagi mudah penjenayah ini melakukan kerja terkutuknya…
Sasarannya adalah wang tunai, barang kemas & Handphone, manakala beg duit dan isi dalamnya seperti I/C, lesen, kad bank & kad kredit akan dibuang merata-rata seperti dalam bilik air, dalam bakul sampah, di bwh timbunan kain, bawah telekung & sejadah & sebagainya… profesional betul pencuri ni ... tujuannya mungkin untuk melengah-lengahkan kita untuk bertindak seperti menyekat tetamu keluar @ melakukan spot check ke atas semua tetamu yg hadir. Sila sebarkan kepada kawan-kawan agar lebih berhati-hati terutamanya para pengantin dan keluarga yang akan mengadakan Majlis Perkahwinan, almaklumlah cuti sekolah pun hampir tiba dan biasanya masa nilah ramai orang akan ambil kesempatan mengadakan Majlis Perkahwinan… simpanlah brg berharga di tempat yg strategik bukan di dalam tempat2 yg biasanya penyangak ini akan aim untuk menyelongkar seperti dalam laci, dalam almari… sembunyikan bawah katil pun dapat digeledahnya… dalam bilik sembahyang pun disapunya juga… pastikan juga semasa agihan tugas2, kawalan keselamatan jangan dilupakan….



Ketika aku membuat laporan polis aku juga mendapat tahu bahawa kes yg sama berlaku pd hr tersebut di taman berdekatan rumah aku. Anggaran kerugian yg aku kira2 sekitar 7 ribu. Mangsa kecurian ialah aku (cash & brg kemas), kakak aku (cash, brg kemas & handphone yg beg tangannya diletakkan di bawah katil di bilik tingkat bawah yg telah ditutup dgn tudung anak dia), pengantin (cash & handphone) dan adik lelaki aku (cash sahaja). Apa2 pun aku bersyukur kerugian tersebut tidak lah byk sgt berbanding yg berlaku di Seri Alam (40k), Tmn Nusa Damai (30k) & Tmn Bkt Dahlia (18k) menurut sumber2 sahih dan boleh dipercayai.

Monday, February 20, 2012

Dr Allah kita datang, pada Allah kita kembali

*Cari2 gambar arwah abah cuma terjumpa yg ini. Waktu ni baru anak sorang. Hubby masih belum buat usaha agama. Misai & janggut ala2 David Beckham :)



Assalammualaikum...

Pada 13/2/2012 yg lalu bapa mertuaku telah kembali ke rahmatullah. Abah memang sakit sejak Ramadhan yg lalu dan keadaan abah bertambah teruk pada hari raya haji yg lalu. Abah tak mampu untuk bangun. Abah jadi ingat2 lupa. Abah cuma minum susu melalui tiub. Selama abah sakit abah kuar masuk hospital beberapa kali. Kali terakhir abah masuk hospital kerana jangkitan kuman yang serius. Hari yg sama aku & hubby ke Bandung (9/2/2012), hari itulah abah masuk hospital. Ketika di Bandung, hubby ada call MIL. Mil kata doktor ada suruh sign satu surat. MIL tanya doktor utk apa? Doktor cakap "suami awak dah tua, sudah tak bole makan, minum, sudah baring saja, sudah kurus ... awak tak faham ke?" hmmm ... ada ke patut seorang doktor cakap begitu??

Ketika lagi setengah jam kami hendak berangkat dr Bandung lebih kurang jam 4.15ptg, kami mendapat khabar dari Mak yg Abah telah tiada .... aku & hubby terus terdiam. Keceriaan utk pulang ke Msia terus berubah. Aku lihat hubby begitu tenang, diam tak berkata apa-apa. Kami redha di atas pemergian Abah. Kami sedikit cemas bila flight diumumkan delay. Kami bimbang terlepas flight dr KL - JB. Alhamdulillah flight delay 45mins shj. Terkejar2 kami flight ke JB. Alhamdulillah sempat check-in. Sampai di Senai Airport jam 10 mlm kami dimaklumkan jenazah otw ke kubur. Kami solat Isya' dulu. Baik aku mahu pun hubby tidak berpesan agar tidak dikebumikan jenazah sehingga kami tiba. Sebab kami tahu antara 4 perkara yg harus disegerakan ialah mengebumikan jenazah. Ada rezeki kami, dapatlah tatap wajah abah buat yg terakhir tp nampaknya tiada rezeki kami.... dan aku sebenarnya rasa terkilan tak dapat jumpa abah buat yg terakhir..

Ketika kami sampai di kubur, pengebumian telah selesai. Hanya tanah yg masih merah kelihatan ... Abah telah selamat berada di alam lain. Kami hanya mampu doakan abah berada di dalam golongan orang2 yg beriman. Amin...

"Abang terkilan ke tak dapat jumpa abah?" tanyaku pada hubby

"Kalau ikutkan memang terkilan. Kalau bole memang la nk tgk buat kali yg terakhir tapi tak dapat tak apalah. Tak kira bagaimana cara kematian kita. Yg penting bgmana keadaan kita bila kita mengadap Allah. Allah sayangkan Abah. Mudah-mudahan sakit abah menghapuskan dosa-dosa abah..." ujar hubby perlahan tapi penuh bermakna..

Friday, December 9, 2011

Jumpa lagi InsyaAllah...

Assalam...
Lama rasanya sya tak update blog sya ini. Sya ingin update tp sya kesuntukan masa. Sya malu nk bg alasan sya sibuk wlp hakikatnya sya mmg sentiasa sibuk.
InsyaAllah sya akan ke TAWAU dari 12/12 - 26/12. Sya akan keluar masturat ke sana selama 15H. Itu shj pengorbanan yg mampu sya lakukan. Nampaknya sya belum lagi dijemput Allah utk berkelana di jalan Allah ke IPB. Sya skrg hamil 18 minggu. Alhamdulillah rezeki sya nk dapat anak lagi. Okay.. doakan yg baik2 utk sya ye. Doakan baby sya bakal jadi da'ie / da'ieah. Doakan juga Allah mudahkan segalanya untuk saya. Amin...

Thursday, November 17, 2011

Korban 1432H

Assalamualaikum wbt...

Syukur kepada Allah pada hari raya aidiladha yg lalu, kami diberi rezeki yg lebih untuk melaksanakan ibadah korban seekor lembu. Inilah korban pertama yg kami buat untuk kami sekeluarga iaitu lima org anak2 & kami suami isteri. Rasa teruja sgt melaksanakan ibadah ini & rasa seronok bila melalui pengalaman menyembelih, melapah dan membungkus daging lembu. Ada 5 ekor lembu yang dikorbankan dan dalam byk2 lembu tu, lembu kami paling senang nk disembelih. Disuruh baring, dia baring, di pegang lehernya, dia menadah sahaja untuk dikorbankan. Allah mudahkan segalanya. Yg lucunya ada juga lembu yg lari masa nk disembelih. Dah la lembu tu lari, dikejarnya pulak makcik2 yg ada kat situ.

Lembu kami tidaklah besar sgt. Sebenarnya imam mintak dr pembekal lembu , lembu yg montel-montel tapi bila lembunya sampai tak berapa montel pulak. Jadi Imam mintak diskaun dapatlah kurang RM200... Kata imam lain kali kita kena pergi ladang sendiri pilih lembu mana yg kita nak. Ooooo... begitu rupanya... manalah kami tahu... So lepas ni kalau nk korban, sila pilih lembu mana yg berkenan di hati anda :).

Jumlah keseluruhan berat lembu lebih kurang 70kg. Kami ambil 1/3 bahagian untuk kami berikan pada ahli keluarga, jiran-jiran & pekerja kami manakala selebihnya kami serahkan pada pihak surau untuk diagihkan pada penduduk setempat.

Bagi mama pulak, raya korban kali ni seperti tak bermakna. Nk tau kenapa??? Sebab mama sakit gigi yg amat sgt. Mama x bole makan ketupat & rendang yg Atok masak. Mama cuma jamah sikit2 aje. Aduhai...hilang nikmat nk rasa makanan bila Allah bg sakit gigi. huhuhu....

Daging korban pun mama masak lewat sebab kalau mama masak nnt mama tak dpt makan :) hahaha.... okay la layan gambar2 dibawah .. got to go :)

Lembu kami paling mudah nk dikorbankan :)
Lembu sedang bersiap sedia untuk dikorbankan
Innalillah .... moga Allah terima korban kami
Daging korban dibungkus2 untuk diagih2kan..

Thursday, November 3, 2011

15.10.2010 - Ziarah Dalam (Madinah)

Perjalan yg jauh dari Malaysia – Jeddah – Madinah yg mengambil masa selama 18 jam menjadi asbab mak ngahku jatuh sakit. Sesampainya di Madinah, Mak ngah demam & batuk2. Sepanjang di sana aku banyak khidmat mak ngah. Jaga makan & minum mak ngah. Bawa dia ke klinik yg disediakan TH di setiap hotel kelolaan TH. Dugaan buat aku & mak ngah. Alhamdulillah aku sihat di sana.
Seawal jam 6.30pg kami semua telah berkumpul di lorong belakang hotel kami utk program ziarah dalam. KT 15 & KT 16 bergabung utk program ini menjadikan lebih kurang 700 jemaah kesemuanya. Kami berjalan menuju ke Babus Salam. Utk jemeaah wanita diketuai oleh ustazah yang disediakan TH. Kami berjalan menuju ke luar Masjid Nabawi, perkuburan Baqi’ & Makam Rasul serta Raudhah. Perkuburan Baqi’ mula dibuka selepas subuh. Memandangkan ketika itu aku uzur maka aku tidak dapat memasuki Masjid Nabawi. Hanya dapat melihat keindahan masjid nabi dr luar shj. Tentu jauh bezanya masjid nabawi skrg dgn pd zaman Rasulullah yg mana ketika itu Cuma bertiangkan batang pokok kurma shj.
Keadaan di Madinah sgt tenang. Aku lihat penduduknya begitu lemah lembut. Tidak sukar duduk di Al haram hotel. Perjalanan ke masjid hanya mengambil masa lebih kurang 5-10 minit shj. Setiap waktu aku berulang alik dr masjid ke hotel sbb aku mempunyai tugas utk ambilkan makanan utk mak ngah. Selalunya aku beriktikaf di masjid drpd waktu mghrib hingga ke isya’. Soal makanan tidak menjadi masalah di sini. Banyak makanan dijual di gerai2 makanan sekitar masjid nabawi. Kedai runcit pun ada utk membeli barangan kering seperti roti, tuna & yg pasti aku lihat banyak produk keluaran Indonesia di sini seperti indomie & indocafe. TH menyediakan makanan 2x sehari iaitu makan tengahari & mkn malam. Manakala utk sarapan pagi di café hotel ada menjual makanan Malaysia spt ns lemak, mee goreng pd harga yg amat berpatutan. Cuma kalau lambat beli, dh habislah jawabnya.
Dalam perjalanan menuju ke masjid, terdapat ramai penjaja jalanan yg menjual bermacam2 brg dr kain baju hinggalah ke barangan cenderahati seperti keychain dsb. Sepanjang jalan menuju ke masjid bole juga mencuci mata beraneka kedai2 pakaian, kedai kurma dan mcm2 lagilah yg tak perlulah aku cerita kat sini. Lagi pun Jemaah Malaysia mmg suka bershopping sakan kata orang TH. Dan aku termasuk juga dlm statistic tersebut. Hahaha… Malu nk mengaku.
Di Madinah juga terdapat segelintir peminta sedekah yg suka menghampiri anda sambil meminta anda menderma. Peminta sedekah bukan shj terdiri dr kanak2 tp juga org dewasa. Hubby pernah dihampiri seorang lelaki sambil memperkenalkan dirinya sbg pelajar di Madinah. Dia kata dia perlukan duit utk menampung kos belajar di madinah. Melihat dari wajahnya, kelihatan spt berbangsa Pakistan. Jika anda dihampiri org spt ini, terpulanglah pd anda hendak menderma atau tidak. Yg penting, jika kita bersedekah wlp sedikit tp ikhlas pasti ada ganjarannya di sisi Allah. Apatah lg jika anda melakukan kebaikan di madinah ganjran 50 ribu kali ganda pahala menanti anda.
Di bawah kubah hijau itulah terletaknya makam Rasulullah saw
Di Bin Dawood, ala2 supermarket gitew..
Lip lap lip lap.... sehelai mencecah SR600... mau beli ka???
Makanan yg disediakan TH di bungkus begini.

Monday, October 17, 2011

13.10.2010 - Johor Bahru - Jeddah - Madinah

Assalammualaikum...

Tibanya musim haji tahun ni, aku rasa rindu sekali saat2 aku menunaikan haji pada tahun 2010. Selepas setahun, baru rasa terpanggil nk menulis catatan perjalanan haji aku. Dah basi ceritanya tp tetap segar dlm ingatan aku. Aku telah terpilih menaiki KT13 pada 13/10/2010 iaitu penerbangan pertama dr Johor Bahru. Aku dijadualkan bertolak pada 12.20pmi. Setelah tidak tidur semalaman membuat persiapan terakhir, aku keluar rumah lbh kurang jam 7.00am menuju ke Airport Senai dengan iringan laungan takbir. Terasa hiba & sayu di hati saat melangkah keluar rumah. Semua keluarga aku hantar aku ke airport kecuali kak long manakala tiada seorang pun ahli keluarga suami aku yg hantar kami mungkin masing2 sibuk & tiada kesempatan. Anak2 mak ngah sibuk call aku tanya aku kat mana. Mereka seawal jam 4 pagi dah sampai ke airport tp aku selamba je pukul 7 pg baru nk bertolak.

Sampai di airport, kami terus mendaftar. Aku lihat hanya kurang dari 10 jemaah yg belum sampai termasuk aku. Setelah peluk cium semua ahli keluarga & anak2 dgn juraian airmata kami pun masuk ke balai berlepas. Entah kami kembali semula atau tidak itulah yg aku fikirkan. Panjang umur kita bertemu lagi. Kalau tak panjang umur selamat la aku bersemadi di bumi anbiya'..... Di airport kami menerima bermacam tajaan spt sling beg, tikar, uncang batu & kasut, brgn colgate, vitamin dan byk lagi lah.. Sebelum bertolak kami diberi taklimat oleh TH spt adab perjalanan, doa musafir, solat sunat musafir, tertib mengerjakan , doa2 dsb. Memandangkan aku bertolak awal, maka aku mengerjakan haji tamattuk. Tak perlu berpakaian ihram.

Jam 12.20 tengahari kami pun bertolak ke Jeddah Airport. Sampai di Jeddah airport jam 4.20pm waktu Saudi. Kami terus mengerjakan solat Jamak Zuhur & Asar.

Ketika itu susah juga la nk mengambil wudu' sbb KT13 shj berjumlah 300++ jemaah. Ni baru kat airport belum lagi kat Mekah. Bagaimanalah keadaan di Mekah nanti fikir aku. Jam 5pm kami mula check imigresen. Kami terpaksa beratur panjang dan siap pada jam 8.20pm. Aku lihat warga tua ada yg mula keletihan. Ketika ini, aku terfikir alangkah bagusnya kalau dpt menunaikan haji pada usia muda ketika kita masih sihat, ada kekuatan & tenaga. Namun, kuasa Allah siapa yg dpt menghalang? Kalau Allah bg kesihatan, wlp dah tua InsyaAllah kita mampu juga menunaikan haji.

Selepas selesai pemeriksaan imigresen, kami menunggu lagi bas menuju ke Madinah. Aku antara bas yg terakhir iaitu bas no 10. Kami semua dibahagikan mengikut bas. Duduk menunggu smpai naik letih dibuatnya. Setelah penat menunggu, bas kami tiba jam 10.45 mlm utk bertolak ke Madinah. Beg2 kami semua TH yg uruskan. Kami cuma bw beg sling & beg bimbit.

Jemaah haji KT13 -2010 sedang menunggu bas di Airport Jeddah


Perjalanan menuju ke Madinah sepatutnya cuma mengambil masa 8 jam shj tapi bas aku telah mengambil masa selama 12 jam. Kami smpai di Madinah jam 10.15pg. Ketika itu kaki aku dh mula bengkak akibat terlalu lama duduk di dalam bas. Dah smpai Madinah, driver bas mencari2 pula hotel Al-Haram. Pusing punye pusing akhirnya sampai juga di hotel tersebut. Alhamdulillah.

Room mate aku, dr kiri : kak mila, along, kak ruby, aku & mak ngah
Pemandangan kota madinah dr bilik aku ( Room 1103) - Al-Haram Hotel

Sampai di hotel aku terus bersiap2 nk pergi Masjid nabawi. Excited sgt aku nk pergi ke masjid. Buat pertama kalinya menjejakkan kaki ke masjid nabawi utk solat zuhur.

Jemaah berbondong2 menuju ke masjid nabawi.

Monday, October 10, 2011

Musim Haji tiba lagi

** 26,000 jemaah haji Malaysia berkumpul di sini (Muzdalifah - 2010). Ketika ini aku dah 48 jam tidak tidur. Ajaibnya tidak pula terasa penat sambil muhasabah diri sendiri.



Assalammualaikum wbt...

Lama benar rasanya aku x update blog ni. Spt tiada mood sebenarnya sebab aku tgh 'malas' skrg (bukan ke ko mmg malas setiap hari? woha!). okay... aku memang pemalas..hehehe

Bulan ni.. musim haji tiba lagi. seronok rasanya bila lihat jemaah haji bertolak ke tanah suci. untungnya mereka yg menjadi tetamu Allah. Aku juga pasang niat untuk menjejakkan kaki lg ke sana menunaikan haji bersama anak2. InsyaAllah. Amin. Kalau dulu setiap kali org pergi haji aku akan berpesan untuk turut mendoakan aku & suami agar dapat pergi haji juga. Seingat aku, tak pernah la pulak aku kirim doa yang bukan2. Tapi kini, aku tetap minta kirim doa yg sama. Doakan moga aku terpilih lagi untuk menjejakkan kaki ke Tanah Suci. Walaupun mengerjakan haji itu jihad untuk wanita & amat mujahadah tapi itu semua semakin menguatkan keinginan untuk ke sana lagi. Alhamdulillah Allah memakbulkan doaku & suami untuk mengerjakan haji sebelum berumur 40 tahun.

Secara peribadinya, aku melihat ramai orang sekelililingku lebih drpd mampu untuk mengerjakan haji. Seringkali juga aku tasykil kawan2 untuk cepat2 menunaikan haji dikala usia masih muda, ada kesihatan, kekuatan dan ingatan utk mengerjakan rukun islam ke 5 ini. Tapi yg sering aku lihat ramai dikalangan kita lebih mementingkan keperluan duniawi mereka berbanding berazam untuk menyempurnakan rukun islam mereka.

Ramai di kalangan kita yg mampu untuk membayar deposit membeli kereta mewah melebihi 10 ribu, bahkan mampu pula untuk beli 2-3 biji kereta, atau pun mengubahsuai rumah mereka yg menelan belanja hingga ribuan ringgit tapi tidak ada sedikit niat pun untuk mendahulukan duit tersebut untuk menunaikan haji. Alasan yg sering diberikan 'belum sampai seru' , 'aku banyak dosa, kena bertaubat dulu'. Bagaimanalah hendak sampai seru jika niat pun tidak ada? buka akaun tabung haji pun belum lagi apatah lagi mendaftar haji? Bagaimana Allah nak bantu kalau kita sendiri pun tidak berusaha??

Aku sekadar ingin berkongsi pengalamanku. Aku mula menabung untuk pergi haji semenjak tahun 2000 iaitu ketika mula bekerja di tempat aku bekerja sekarang ini. Awalnya aku hanya menabung RM50 sebulan secara potongan gaji. Kemudian, bila gaji aku naik , kenaikan gaji itu tidak aku gunakan bahkan aku tambah lagi potongan gaji aku. Kata orang, pejam mata aje duit tu diketepikan. Kalau tak buat mcm tu sampai bila nak menabung? tapi adatlah.. bila terdesak, duit tu juga aku korek utk keperluan aku. dalam masa sama aku berniat & sering cakap pada kawan2 aku nk pergi haji sebelum umur aku 40 tahun. Pada tahun 2006, duit aku dah cukup untuk aku pergi haji bersama2 mak & abah aku. Tapi tak lepas pulak untuk hubby aku. Aku ada minta izin hubby untuk pergi haji dulu dgn mak & abah tapi hubby aku tak izinkan makanya aku batalkan niat aku & taat pada suami. Seringkali kami berdua doa moga Allah pilih kami pada tahun 2010 & alhamdulillah Allah makbulkan.

Aku sebenarnya mendaftar utk pergi haji pd tahun 2009 iaitu ketika selesai musim haji pada tahun itu. Aku & suami membuat surat rayuan pada bulan Februari 2010 & kemudian mendapat jawapan terpilih utk mengerjakan haji pada April 2010 ketika hubby sedang khuruj. Menitis airmata ketika membaca surat tawaran tersebut. Tak sangka Allah mudahkan segalanya. Alhamdulillah. Kini, mengikut laporan tabung haji, lebih 5 juta menjadi pendeposit tabung haji dan 775,000 pendeposit yg telah mendaftar utk menunaikan haji sedangkan kuota untuk Malaysia kebiasaannya ialah utk 26,000 jemaah shj. Dikatakan utk tahun 2011 kerajaan Arab Saudi menambah kuota untuk Malaysia menjadikan 30,000. Menurut tabung haji, jika daftar pada tahun ini giliran anda pada tahun 2030. Kawan aku yg mendaftar pada tahun 2005, gilirannya pada 2010 tapi atas sebab tertentu beliau menunda pemergian beliau pada tahun ini. Manakala aku mendaftar pada tahun 2009, giliran sebenar aku pada tahun 2023. Semakin lewat mendaftar bermakna semakin lamalah giliran anda. Oleh, itu segeralah mendaftar di Tabung Haji dgn simpanan minimum RM1,300. Belanjawan terkini pun dah bole guna duit KWSP. Apa tunggu lagii??? Tepuk dada tanya iman!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails