Thursday, July 29, 2010

Khuruj pada Nisfu Syaaban

Assalammualaikum,
Hubby telah selamat keluar khuruj pada Nisfu Syaaban tahun ini. Ini adalah kali kedua hubby keluar 40H pada tahun ini. Hubby azam dengan pergi Haji nanti cukup la dia keluar 4 bulan walaupun sebenarnya khuruj & menunaikan haji itu dua perkara yg berbeza.
Pagi Ahad lalu, ketika hantar hubby ke stesyen bas ana kelihatan sgt tenang. Kami pergi bersarapan bersama anak2. Bas akan bertolak jam 9pg. Seperti biasa sebelum naik bas ana akan bersalaman dgn hubby, tetiba perasaan ini bertukar menjadi sebak, sedih, sayu & macam2 lagi la hingga ana mengalirkan air mata di situ dan cepat2 masuk kereta semula sebelum bas beredar sbb ana tak mahu hubby nampak yg ana menangis.
Tak tahu kenapa hati ini merasa begitu. Masa dia keluar pada Mac yg lalu hati ana tidak begini. Sedikit pun tiada perasaan apa2. Masa berlalu pun tidak terasa hingga la hubby tangguh. Kali ni perasaan sedih itu seperti dia akan khuruj 4 bulan pula.
"Abang azam kali ini abang keluar lebih baik dari yg lepas2"
Begitu la kata hubby selepas jemaah dibentuk dan jemaah hubby akan khuruj ke Miri. Pagi tadi jam 7.20 hubby telah pun berlepas ke Miri. Karkuzari dari hubby ramai yg keluar pada nisfu syaaban thn ini berbanding tahun2 lepas. Setiap hari ada saja 30-40 karkun yg sedia untuk khuruj (kalau x silap atau maybe 30-40 jemaah?)
Semoga Allah pandang pengorbanan kami yg sedikit ini. Isteri seharusnya menggalakkan suami keluar khuruj sekurang2nya 40h dlm setahun. Sebaiknya 4bulan dalam setahun. InsyaAllah anti akan dibangkitkan bersama2 Siti Khadijah, Siti Aisyah & para sahabiah nanti. Amin....

Tuesday, July 20, 2010

Tiada apa yg ingin dikongsi bersama..

Assalammualaikum..

Setelah sekian lama baru hari ini berkesempatan untuk update blog ini. Tiada apayg istimewa untuk dikongsi bersama selain dari kebizian saban hari dengan urusan dunia..



1. Kursus haji bersiri & kursus haji intensif dah pun selamat diikuti. Lepas raya nanti akan ada pula kursus haji perdana.

2. Taklim mingguan insyaAllah lepas ni bole sambung balik sbb dah byk minggu tak dapat pergi sbb pergi kursus haji bersiri. InsyaAllah nk bawa karkunah baru ke taklim minggu ni.

3. Nurmaisarah Suaidah selamat menjalani pembedahan appendiks & hernia. Selama 2 thn Yayah sakit perut on & off tp yg last sekali hari tu sakitnya agak teruk. So ana minta doktor buat pemeriksaan lanjut & terperinci. Rupanya Yaya menghidap appendiks yg kronik juga hernia ( 1:10 sakit ini kena pada perempuan) - Allah maha kuasa. Alhamdulillah dh selamat. Moga Allah beri kesihatan yg lebih baik pada Yayah selepas ini..

Yayah semasa di operation theatre. Sebenarnya ana tak inform Yayah yg dia akan menjalani pembedahan sbb takut Yayah lemah semangat. Ana cuma kata doktor nk check perut Yayah aje.. Ana sendiri pun takut kalau nk kena bedah..Yayah selepas operation. Nampak pucat sgt wajah anak mama. Mama menangis tgk Yayah lepas operation. Sikit aje ujian Allah bagi tp cukup untuk membuatkan mama sedih sangat..Ya Allah...



4. Ana ditawarkan kenaikan pangkat tapi sampai skrg ana masih tak sign offer letter tu. Rasanya macam terpaksa tolak sbb x sanggup nak pikul tanggungjawab yg besar.

5. Hubby akan keluar lagi untuk kesekian kalinya dalam minggu ini. Josh sungguh dia. Ana aje yg semakin sejuk beku..huhu..sampai terkeluar kata2 "Tak bole ke abang tak keluar lagi tahun ni?" .. bukan apa .. tahun ni nisah 40H hubby dh sempurnakan pada Mac lalu. Nanti bulan Oktober kami akan pergi haji pulak. Nampaknya tahun ni seolah-olah dia keluar 3 bulan pulak. Tapi tak apa la...kalau abang nk keluar juga, saya redha..bukan saya tak pernah kena tinggal 4 bulan. 40H tu kejap aje..before raya InsyaAllah abang balik.

Monday, June 28, 2010

Doa antara dua sujud

Dalam tidak sedar. Setiap hari kita memohon didalam solat kita..tetapi sayangnya, kita hanya memohon tanpa memahami.. sekadar tersebut dibibir, tetapi tidak tersentuh dari hati kita selama ini..

Marilah kita mula menghayati ketika kita duduk di antara dua sujud semasa solat..

Dengan rendah hati nyatakanlah permohonan ampun kepada Allah

Rabbighfirli (Tuhanku, ampuni aku)

Diamlah sejenak, buka dada dan diri kita untuk menerima ampunan dari Allah seperti membuka diri ketika merasakan hembusan angin sepoi-sepoi atau menerima curahan air hujan ketika kita masih kecil

Tetaplah membuka diri kita untuk menerima ampunan Allah Ulangi permintaan itu beberapa kali hingga kita merasakan ketenangan

Kemudian sampaikanlah permintaan kedua,

Warhamni (sayangi aku)

Diam dan tundukkanlah diri kita untuk menerima kasih-sayang Allah yang tak terhitung besarnya

Bukalah dada kita seluas-luasnya agar semakin banyak kasih-sayang Allah yang kita terima

Ulanglah beberapa kali hingga kita merasa cukup

Berturut-turut sampaikanlah permintaan2 berikut dengan cara sebagaimana tersebut di atas, satu persatu..

Wajburnii (tutuplah aib-aibku)
Warfa'nii (angkatlah darjatku)
Warzuqnii (berilah aku rezeki)
Wahdinii (berilah aku petunjuk)
Wa'Aafinii (sihatkan aku)
Wa'fuannii (maafkan aku)

Setelah selesai, diamlah sejenak lalu sampaikan rasa syukur kita
Betapa besarnya nilai sebuah doa ini..sebuah doa yang kita hanya lewatkan begitu sahaja..
Dalam tidak kita sedar selama ini kita seperti sedang berpura-pura memohon sesuatu

Sebaik-baik manusia ialah orang yang dapat memberi manfaat kepada orang lain (Hadis riwayat Al-Qudhi)

Monday, May 10, 2010

Melawat Ladang Gaharu

POKOK GAHARU A.K.A POKOK JUTAWAN
POKOK NANAS KAEDAH TISSUE CULTURE BENIH POKOK NANAS
Hari Sabtu lepas ikut hubby pergi melawat ladang gaharu kepunyaan seorang karkun. Hmmm..pening kepala makcik tengok Mr Hubby beria-ia sangat nk bercucuk tanam sekarang ni. Rumput kat rumah pun tak terbela ini kan pula nk berladang bagai. Hmmm...suka hati la bang..I cuma mampu doakan apa yg abang buat semuanya mendapat redha Allah. Kalau confirm nk berladang ni jangan pulak lupa 5 amal masjid. Rezeki yg Allah bagi bukan untuk besarkan rumah atau beli kereta besar tapi adalah untuk membesarkan agama Allah...I pun sekarang dah semakin sibuk dengan urusan dunia. Ingat nk slow down sikit ni... Bila amal ibadat kurang..fikiran pun menjadi kusut..Ya Allah...engkau mudahkanlah urusanku di dunia & di akhirat...Ok la..layan gambar2 dia atas..Sekian. Wassalam.

Monday, May 3, 2010

Menanti Lambaian Kaabah

Semalam adalah kali pertama ana mengikuti kursus haji bersama hubby. Bulan lepas ketika hubby keluar ana dapat surat tawaran terpilih mengerjakan haji pada tahun ini daripada Tabung Haji. Tak terkata semasa membaca surat tersebut. Syukur yang amat sangat kerana Allah telah pilih untuk pergi haji cuma perlu tunggu saatnya berlepas nanti ke tanah suci. Semasa kursus semalam kelihatan ramai makcik2 & pakcik yg hadir. Tak pulak ana nampak yg muda2 macam ana & hubby (perasan muda ke?) hehehe..

Labbaik Allah humma labbaik
Labbaik la sharika laka labbaik
Innal hamdaWan-ni'mata
Laka walmulkLaa sharika lak.

Ya Allah...berdiri bulu roma ni ketika bersama-sama menyebut kalimah di atas. Seakan terbayang-bayang kaabah di depan mata. Terasa begitu syahdu & mendayu di hati ini. Begitu mendalam & menusuk ke jiwa. Sekian lama ana berniat untuk mengerjakan haji sebelum mencecah umur 40 tahun. Alhamdulillah Allah mudahkan. DiberikanNya keberkatan di dalam rezeki ana. Berdikit-dikit mengumpul duit untuk cepat-cepat menunaikan rukun islam ke-5.

Semalam masa sembang-sembang dgn abah, abah kata semasa abah pergi haji dulu abah memang berdoa pada Allah agar anak-anak abah yg membiayai pemergian haji mak & abah dapat cepat2 menunaikan haji juga. Tiba2 abah sebak..tersedu sedan abah menangis. Abah kata abah menangis bila ana bgtau abah yg ana dh dapat surat terpilih pergi haji. Abah bersyukur doa abah Allah makbulkan. Kalau abah meninggal pun abah tak terkilan sebab dapat juga abah tengok salah seorang anak abah pergi haji. Sob..sob...ana pun nangis juga....Huhuhu....Memang doa ibu & bapa mudah dimakbulkan. Kalau kita berbuat baik pada ibubapa InsyaAllah mudahlah urusan hidup kita kerana kita berjalan di atas bumi Allah ini dengan keredhaan & doa ibu bapa kita. Mencelah pulak adik ana "Waaa...dalam adik beradik kita ko la dulu jadi Hajah ye..pada hal dalam adik beradik kita ko la yg paling gonjeng". (Iye...aku la yg paling hidayat. Aku la yg paling teruk. Tapi Allah sayangkan aku. Dikurniakan aku seorang suami yg baik hingga dia dapat merubah aku menjadi isteri, ibu & anak yg tidak lagi seperti dulu...aku bersyukur padamu ya Allah...)

Berbalik pada kisah nk pergi haji ni sebenarnya ana & hubby mula mendaftar di tabung haji pada tahun lepas. Selepas mencukupkan simpanan kami, bulan Februari 2010 yg lalu kami pun menulis surat rayuan kepada tabung haji. Salah satu sebab yg kami berikan ialah kami ingin membawa makcik kami yg telah lanjut usia. Alhamdulillah tak sampai 2 bulan pun kami dah dapat surat tawaran dari Tabung Haji. Ini semua ketentuan Allah. Disamping usaha, doa & tawakal Allah telah mudahkan urusan kami. Ada yg menanti sekian lama baru terpilih. Tak kurang juga yg dah merayu beberapa kali masih tak dapat jawapan. Alhamdulillah untuk kami Allah mudahkan segalanya. Namun kami tak boleh lupa. Selagi kami tak berlepas ke Tanah Suci kami kena terus doa semoga kami benar-benar terpilih untuk menjadi tetamu Allah. Amin.

Thursday, April 22, 2010

Cepatnya masa itu berlalu..

Pejam celik pejam celik dah nk balik pun hubby. Jumaat ni (23/4) insyaAllah sampai la dia nanti. Wow..40 hari ditinggalkan suami seakan tak terasa mujahadahnya. Mungkin sbb ana pun sibuk dgn kerja disamping uruskan sekolah & hobi ana iaitu mem'baking'. Masa sebelum hubby bayan hidayat ana dah pesan dah pada dia lepas bayan hidayat putus hubungan ya. Maksud ana tak perlulah call / sms pada ana .. pandai la ana jaga diri sendiri & anak2 sepanjang hubby tak ada. 1..2..3.. hari okay aje..masuk hari ke 10 dh mula dah ada SMS dari hubby..tapi ana tak reply pun (bole gitu?) 3, 4, 5, SMS ana buat tak tau aje. Tup tup tiba-tiba di satu tengahari dpt SMS dr hubby "Buzy ke?" hmmmm...pastu ana tak reply gak. Buat bodoh lagi. Agak hubby geram, tak tahan dia call ana. Hahahaha. Di situlah bermulanya balas membalas SMS. Hampeh betul kalau keluar bawa henpon ni. Memang susah nak tawajuh. Berbeza kalau keluar tak bawa henpon. Cuma berutusan surat aje.
Hubby pernah keluar India Bangladesh 4 bulan. Masa tu betul2 terputus hubungan. Ya Allah...rindunya...Allah saja yg tahu. Betapa terasa sangat sunyi dan sepi dunia ni. Menangis2 sebab teringatkan dia..sob..sob..Kerap mimpikan dia. Tapi yang peliknya dalam mimpi tu dia mesti pakai jubah putih dan rasa macam antara mimpi dengan tidak. Pernah juga terasa seperti hubby datang cium pipi ana. Bila ana sedar dia tiada. Dan beberapa kali juga terdengar pintu bilik diketuk orang. Bila tanya hubby, jawapan dia masa tu dia baru nak naik kapal terbang atau baru nk bertolak ke sesuatu tempat. Begitu juga malam dia nk bertolak dari Bangladesh ke Malaysia sekali lagi terdengar pintu bilik di ketuk orang. MasyaAllah...hebatnya Allah... Rupanya itu semua bagaikan isyarat akan setiap pergerakan hubby semasa dia keluar.
Semasa hubby keluar khuruj kali ni beberapa kejadian ajaib telah berlaku pada ana..tapi biarlah ianya menjadi rahsia..hehehe
Tidak kurang juga ada sedikit dugaan dari Allah. Tapi ana tabah sajalah menghadapinya sebab perkara ni kena bincang juga dengan hubby bila dia balik nanti. Kesimpulannya jgn mudah percayakan orang walau dulu kita dah macam adik beradik dengan dia. Memang amat menyakitkan hati ini tapi ana percaya setiap yg berlaku ada hikmahNya atau mungkin Allah ingin berikan yg lebih baik lagi. InsyaAllah.

Monday, April 5, 2010

Its Our Anniversary...

Semalam adalah hari ulangtahun perkahwinan kami yg 11 tahun. Begitu cepat masa berlalu hingga tanpa aku sedari sudah 11 tahun aku menjadi isterinya. Mengimbau kembali saat kami berkenalan & bercinta terasa amat lucu. Kami bertemu kerana bekerja di sykt yg sama cuma berlainan jabatan. Memandangkan ketika itu cuma aku (si dara yg paling cun) dan dia (si teruna yg paling tampan) di pejabat itu maka kami sering menjadi bahan usikan teman-teman. Tapi sebenarnya masing2 sudah punyai pilihan hati sendiri dan dia pun bukanlah suka sangat dengan aku dan aku pun biasa2 aje dengan dia.

Entah bagaimana ditakdirkan kekasihnya berubah hati. Mengahwini jejaka lain dgn alasan selama ini dia hanya menganggap hubby aku sbg kawan shj. Dgn erti kata lain hubby bertepuk sebelah tangan. Ketika itu kami masih lagi berkawan setakat kawan sepejabat hinggalah satu hari aku membawa album peribadiku sewaktu belajar dulu dan dia juga turut melihat albumku lalu jatuh hati padaku (sebab aku fotogenik?).

Semanjak itu kami menjadi rapat walaupun sebenarnya aku sudah punyai pilihan hati sendiri. Bila aku bawa dia bertemu dgn org tuaku, penerimaan mereka berbeza. Abah tak suka pada cara dia. Mak pula suka pada dia. "Pilihlah org yg mempunyai pegangan agama yg kuat" anjur mak padaku sekaligus menandakan yg mak kurang senang dgn pilihan hatiku seorang mualaf. Aku turuti kata mak.

Ya..dia memang mempunyai latar belakang keluarga & agama yg agak baik juga. Setiap kali keluar dating dgn dia, jika kami akan menonton wayang jam 4.30 ptg pasti dia akan ajak aku solat Asar terlebih dahulu walaupun terpaksa masuk panggung lewat setengah jam. Kali pertama keluar dating kami tgk cerita TITANIC. Syahdunya..huhuhu...Tapi sekarang rasanya dah hampir 8 tahun kami tak tgk wayang semenjak kami buat usaha dakwah ini. Hatta TV pun x ada kat rumah ni semenjak 6 tahun dahulu...

11 tahun menyemai kebahagiaan bersama dia lahirlah 6 orang buah cinta kami. Cahayamata yg pertama sedang menanti kami di syurga. InsyaAllah. 5 lagi menjadi amanah utk kami didik menjadi anak yg soleh & solehah. Nur Sumaiyah Syuhadah menjadi saksi cinta kami ketika dia lahir pada anniversary kami yg ke 8 dulu. Selamat hari lahir untuk Sumaiyah :)
Moga cinta kami tetap subur dan mekar hingga bertemu pula di syurga. Amin..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails