Nisab telah tiba. Khuruj lagi dan lagi. Kemanisan keluar khuruj hanya akan dapat dirasai jika hati ikhlas semata-mata kerana Allah swt. Rancangan asal hubby nk keluar 2 bulan jalan kaki tetapi di saat2 akhir jemaah tidak dapat bergerak awal. Apb ditunda, masa tidak mengizinkan sebab hubby harus pulang sebelum aku bersalin yg dijangka pada awal Mei nanti. InsyaAllah.
"Macam mana kalau saya terbesalin awal?" tanyaku pada hubby bermaksud kalau aku bersalin dulu sebelum sempat dia balik.
"InsyAllah abang sempat balik. Kalau abang tak ada Allah kan ada..." aku terus diam.
Belajar2 untuk menjadi sahabiah. Cekal, tabah, sebagaimana tabahnya hati Siti Hajar ditinggalkan Nabi Ibrahim a.s. Susah nk dapat sifat sahabiah ni tapi kita kenalah cuba2 untuk tiru jadi sahabiah yg mana mereka ini diredhai Allah swt dan mereka ini telah berjaya dan dijanjikan janah sebagai ganjarannya.
Tatkala salam & kucup tangan hubby ketika dia mau berangkat, gugur jugalah airmata aku ... huhuhuhu... malu rasanya bila hubby melihat aku menangis. Aduhai ... abang cuma keluar 40hari je pun aku nk menangis. InsyaAllah hubby akan keluar ke negara jiran. Indon ke , Philipines ke, wallahualam... ikut sahaja lah mana Allah mau hantar ....
Antara kelebihan keluar jalan Allah;
1. Dr Aisyah r.ha meriwayatkan bahwa aku telah mendengar Rasulullah saw bersabda : Tubuh badan siapa yg pernah dimasuki debu di jalan Allah swt maka Allah swt pasti akan mengharamkan keatasnya api neraka (HR Musnad Ahmad Tabrani)
2. Dr Abdullah bin Umar r.a. berkata bahwa aku tekah mendengar Rasulullah saw telah bersabda ; Bilamana kamu terlalu sibuk di dalam urusan jual beli, dan kamu memegang ekor lembu dan leka bercucuk tanam dan kamu meninggalkan jihad, maka Allah swt akan menimpakan ke atas kamu kehinaan yg tidak akan terluput sehinggalah kamu kembali kepada ugamamu (yang berjihad itu adalah sebahagian darinya) (HR Abu Daud)
3. Dr Abu Umamah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah saw telah bersabda : tiga manusia adalah merupakan tanggungan Allah swt jika mereka hidup, mereka akan diberi rezeki dan akan dibantu dalam pekerjaan yg mereka lakukan. Dan jika mereka meninggal dunia maka Allah swt akan memasukkan mereka ke dalam syurga. Pertama ialah orang yg masuk ke rumahnya lantas memberi salam, kedua org yg pergi ke masjid, ketiga orang yg keluar dijalan Allah swt (HR Ibn Hibban)
Ada byk lagi kelebihan2 keluar di jalan Allah. Sila dapatkan buku MUNTAKHAB AHADITH karangan Maulana Muhd Yusuff Al-Kandahlawi sebagai rujukan. InsyaAllah.